Sunday, 12 June 2011

terima kasih DAUDSU , terima kasih NORDIN ALIAS , tahniah tony , marzuki !!


syukur alhamdulillah . ramalan aku takde lah meleret sangat kan ? my prediction is 3-1 , but the real score is TERENGGANU 2-1 KELANTAN . aku tak tahu nak cakap apa masa gol daudsu tadi , memang keajaiban yang TUHAN nak tunjuk dekat pemain2 terengganu . just 1 second left . TAHNIAH buat pemain terengganu yang aku rasa memang berjuang habis-habisan pada perlwanan akhir piala fa ni . sangat berbaloi diorang berada di atas padang selama 120 minit . tabik spring jugak untuk ASHAARI SHAMSUDIN . dan NORDIN ALIAS yang berjaya menaikkan semangat penyokong2 serta pemain2 terengganu sendiri .

tadi bila aku buka fan pafe KELANTAN FA , dan juga KELANTAN THE RED WARRIORS dekat facebook , berbagai-bagai alasan diorang bagi untuk menangkis kemenangan bermakna buat TERENGGANU ni . antara alasan2 yang dikemukakan ialah  ..

  • refree berat sebelah ,
  • refree bagi masa tambahan lebih 
  • penyokong lempar mercun
  • daudsu terima rasuah 
  • terengganu main kasar ???
  • DLL .
hahahah . aku tergelak baca alasan2 diorang ni . refree bagi masa tambahan lebih ? memang la dah penyokong kelantan yang melambat2kan permainan , lempar mercun lah ape lah . ingt ni musim HARI RAYA AIDILFITRI ke nk main mercun2 . dah la suluh laser dekat abang handsome , keeper terengganu . DAUDSU terima rasuah ? bhahahahha . weh kalau daudsu takde kat situ pon terengganu boleh gol lah , dah ada backup kat blakang . korang tak payah la nk kutuk2 daudsu , dia bersusah payah nk keluarkan bola dari gol , tup tup dapat maki hamun dari penyokong sendiri . then . kenapa sampai nak bermaki2 hamun dengan penyokong terengganu , yang dah menang menang lah , buat apa nak gaduh2 kan . rezeki masing2 beb , dah takde rezeki korang , tak payah lah nak emo semacam je . mane semangat kesukanan kita . korang tak nampak ke MUTU permainan bola sepak di Malaysia ni dah semakin meningkat ? kekalkanlah prestasi , kurangkan kontreversi . tak perlu nak gaduh2 . okay ? 

MARZUKI YUSOF akhirnya berjaya mendapatkan piala berharga itu , serta dinobatkan sebagai pemain terbaik . memang terbaik lah TONY . congratulation :D 



TAHNIAH !!


TAHNIAH !!



buat kelantan , memang korang pasukan yang hebat . GOL azwan roya memang terbaikkk lah . kelip2 je goalie terengganu kan ? hahaha . keep it up ! maafalah takde rezeki korang kat PIALA FA ^^

2 comments:

  1. Berkat awk ponteng harini hahaha btw tahniah! :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha . memang berkat sangat

    ReplyDelete