Powered By Blogger

Saturday 31 March 2012

indonesia :)

Assalamualaikum :)

seriously aku rindu diorang . 
santri santri pesentren Darul Ishlah Jakarta 

















ini last gambar sebelum balik , sedih time ni habaq hang .


sempena hari mulia ini ,
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali ,
semua yang kerap kita mengadukan ,
kini jadi bahan rindu yang ku simpan ,

kuhargai semua yang terjadi ,
memang nyata dirimu takkan ada pengganti
semoga kita kan dapat bertemu semula ,
kerna aku yakin kau kan sentiasa dihatiku ,
SAHABAT :)

Saturday 24 March 2012

jika kamu merancang , Allah juga merancang :)

Assalamualaikum dunia blog :)

kejap aku ambik bulu ayam nak sapu blog aku ni . puhh puhhh . habuk penuh , labah2 dah siap buat masjid dah pon ni ha . HAHA . Ya Allah , lamanya tak update blog ni . seriously aku memang terdetik dalam hati aku nk post something new dekat blog ni , tapi selalu je ada rintangan dan halangan yang mendatang . kadang-kadang bila ada masa lapang rasa malas pulak nk menaip, bila time busy tu lah tangan ni rasa gatal2 je .


" Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah " 

seorang sahabat buzz aku kat YM , dia cakap dia sedih . result SPM dia sangat teruk , tak seperti yang dia jangkakan . trial dia dapat 8A2B , tapi dia terkejut beruk dengan monyet sekali bila dia dapat slip result SPM dia, memang tak masuk akal , subject yang dia dapat A masa trial tak semua dia dapat A kali ni , so dia macam bengang la dengan result tu . ada rasa tak puas hati , rasa geram , rasa 'rezzak' ade belake . 




hey kawan , apa yang tak masuk akal ? takkan tak boleh terima kenyataan dengan result tu, paling kurang kau dah usaha , relaks laa . jangan sedih-sedih sangat , ini je yang mampu kau buat , redha la dengan apa yang kita dapat . chill okay :) senyum :) 


kadang kadang , ape yang kita gagal dapatkan itu Allah gantikan dengan perkara lain yang lebih bernilai hargenye :D just say alhamdulillah.

mungkin ada hikmah disebalik kegagalan yang kita dapat harini 
kerana gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya



aku juga nak mengucapkan TAHNIAH buat calon2 SPM 2011 yang terbang dengan sayap diorang :)
hehhee (with flying colours) HAHAHA . usaha dan tawakkal korang akhirnya terbalas juga , jangan lupa jasa orang disekeliling anda terutama parents and teachers . tanpa diorang siapalah kita , jangan lupa tuhan , sebab kalau tak dengan izinya nak ambik SPM pon kita tak mampu . jangan lupa diri sebab lupa diri , result anda binasa . okay thats all for today . aku nak pergi tengok bola ni , GO GO TERENGGANU , kalahkan LIONSSSSSS tua . haha . 




Assalamualaikum :)