Powered By Blogger

Thursday 8 December 2011

Wednesday 7 December 2011

HIJRAH satu permulaan

asslamualaikum dunia blog :)

sekian lama menyepi , aku rasa macam bersalah pulak , kerana tak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang blogger dengan sebaik-baiknya . hahaa . actually tiap kali aku buka lappy ni jari jemari ni gatal2 je nak buat post baru , tapi ada saje halangan2 yang menghalang aku untuk berbuat demikian . maaflah wahai encik blog, semoga post ini dapat mengubat kedukaan dihati encik sob3.

sebenarnya aku pon takda topic nak dimasukkan dalam post ni , sekadar menyambung riwayat hayat hidup blog sunyi sepi ni . haha . tapi aku ada satu berita sedih nak berkongsi dengan korang . dengan rasminya aku nak mengumukan bahawa AKU FAILED JPJ TEST . tak dapat lagi laaa nak merasa menyentuh dan memegang lesen bernama PI (P) percubaan kereta . HAHAHA . kenapa aku suka ni , aku patut sedih ,yes memang aku sedih . berapa lama aku berlatih tup2 failed . dah la kesalahan mandatori yang aku buat tu .



pagi tu , "kedeboran" atau kenervesan aku mmg membuak2 . memang tak tahu nak cakap , mase nk tunggu giliran buat ujian kat litar tu , lutut aku dah terketar2 macam orang nak akad nikah dah . hahaha . tapi bila time aku masuk kereta kancil buruk tu , hilang la sikit nerves tu kan , so aku lepas ujian di litar dengan gilang gemilangnya . then ujian ke dua ialah ujian jalanraya . ni yang aku failed . aku malas nak cerita kat mana aku failed sbb mmg aku taknak cerita sebab aku memang dah failed . waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . aku kene terima hakikat aku masih tak layak nak drive . sob3 . umi cakap " takpe , cuba lagi lepas ni " hahaha . kata2 semangat yang pendek tapi padat . menusuk hati jiwa dan raga . insyallah aku akan dapatkan juga lesen P tu . insyallah . korang doakan aku ye .



setakat tu jelah coretan aku , memang busy skarang ni . topic pon kurang . hahaha . sempena bulan muharam yang mulia ini , marilah kita sama2 muhasabah diri kita , banyak mana dosa yang kita buat tahun lepas , dan nak ke kita tambah dosa lagi tahun ni ? semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas kan . Amin . hihihi . selamat malam . assalamualaikum

Sunday 13 November 2011

semoga berjaya :)

assalamualaikum :)

Sijil Paling Mudah is just around the corner . so, GOODLUCK :)



yang mana ada cuak2 tu boleh lah preview post aku , ambik yang mana patot 
all the best ya :)

Wednesday 9 November 2011

Ku Ingin Kembali


jikala ku kesepian
fikiran mengimbau kenangan
sukarnya nk ku lupakan 
peristiwa pahit yg mengcengkam

jikalau ku kesepian 
munajat kepadamu Tuhan
kusedari diri yang terbuang
umpama buih dilautan

apalah nasib diri ini
menjadi mangsa hina mereka
namun ku pasrah kehendak Ilahi
moga terubat hati yang luka

yang berlalu biarkan berlalu
bersama kita bina hidup baru
lupakan segala dosa dendam mu
penuhi kemaafan dijiwamu

hulurkanlah serpihan kasihmu
berikanlah peluang disampingmu
usah biarkan daku
terumbang ambing dipukul
ombak nafsu

kupohonkan restu-Mu Rahmani
ampunkanlah dosa ku yang lalu
kerna diriku hanya seorang hamba 
bernama manusia .

Wednesday 2 November 2011

new born :)

ALHAMDULILLAH . 
selamat dilahirkan pada 31.10.11 pukul 7p.m
semoga menjadi anak yang soleh , dok sabor amiting nok tengok hehehe


syed adam basyir bin syed abdul halim hafiz

Monday 31 October 2011

AKU COPY PASTE NI TAPI SUMPAH LAWAK


#Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang


1)Bile orang nampak kau baring tutup mate:
S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.

2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.

3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo

4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!!

5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je.

6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok..

7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( Suare Manja ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!! Grrr

Sunday 30 October 2011

CHILL

KORANG KALAH DIPADANG BOLA TAPI MENANG DIMATA KAMI .
TERENGGANU TETAP JUARA DI HATI KAMI CEWAHH .

aku tak salahkan sharbini , dia tetap hebat . cuma takda rezeki maybe . letak lah dua goalie pon kalau dah nak gol masuk jugak kan .


<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3



Saturday 29 October 2011

bittaufiq wannajah

assalamualaikum dunia blog :)


exam just around the corner , cewah speaking berhabuk HAHAHA ., sebenarnya tadi ada seorang sahabat mintak aku buatkan satu post doa2 ataupun ayat2 yang mana nak hilangkan gemuruh , gementar , nerves , cuak , debbor perut dan sebagainya ketika nak exam ni . so aku nak berkongsilah sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama . aku juga nak kongsikan beberapa tips atau langkah2 apabila berdepan dengan "perang minda" ni. actually , bukan untuk pelajar spm je , semua lah yang tengah nak exam kan , aku pon ada exam minggu depan ni , tapi buku tak pernah nak pegang HAHAHAHA , macam mana lah nk cemerlang gemilang terbilang kan . so tips pertama yang aku nak ketengahkan ,konsep usaha dan taawakkal .

kalau korang baca lah apa2 ayat pon bila nak exam , tapi tak pernah study bila kat rumah bila kat hostel kan , agak2 dapat jawab ke ? yelah tak mustahil Tuhan dapat tolong kita even kita tak pernah sentuh pon buku teks tu , tapi secara logiknya memang tak dapat den nak nolong kalau korang sendiri pon tak pernah nak ubah diri korang , time study korang duk main , time nak exam sibuk duk cari doa2 nak tenangkan fikiran ketika jawab exam , sedangkan didada korang kosong dengan ilmu cewahh dah macam pakar motivasi . sebenarnya Rasulullah S.A.W dah ajar kita benda ni , kalau nak tawakkal kene lah ada USAHA sekali , dua perkara yang memang tak boleh berpisah, ibarat kuku dengan kepit kuku . (kepit ke ketip ah lantaklah)

suatu hari seorang sahabat datang bertemu Rasulullah S.A.W , lalu Rasulullah bertanya , " kamu datang dengan apa ?" laki tu pon jawab , " dengan seekor unta , aku tinggalkanya di luar dan aku bertawakkal " . Rasulullah S.A.W menegur tindakan lelaki itu dengan mengatakan " ikat dulu baru tawakkal " 


so jelaslah disini , tawakkal memang perlu disertakan dengan usaha, yang aku nak terangkan disini , doa tu pon kene sertakan dengan usaha kita , okay ?



KITA TERUSKAN , so disini aku nak listkan beberapa doa yang boleh kita amalkan , tapi lappy aku ni takda jawi , so susah la sikit hehe . TAKPA AKU TRY GOOGLE JAP .

  • doa pertama yang perlu korang baca , tak kira dimana jua , walaupun ada orang cakap ni bukan doa , HAHAHA tapi mulakanlah apa pekerjaan kita dengan basmallah . 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

  • ni doa nak masuk dewan , masuk la dengan kaki kanan , dan ikhlaskan niat . 
*kalau tak nampak boleh zoom hehe 

  • SELAWAT , korang mesti tahu pelbagai jenis selawat kan , tak kisah lah selawat apa korang ingat , tapi ustazah aku ada cakap , kalau nak selalu tenang jangan lekang dari berselewat , tak kira lah dibibir ataupun di lubuk hati kita ni . insyallah hati akan tenang . sini aku nak kongsikan satu selawat yang mudah diingat , antara kelebihan selawat ni adalah untuk menerangkan hati kita dengan izin Allah .
  • kat bawah ni ada beberapa doa menenangkan ( atau menerangkan) hati dan fikiran . yang pertama surah al-insyirah .

doa ni ustazah aku selalu baca kalau ada apa2 test 

doa ni korang mesti selalu baca kan bila nak start belajar dalam kelas , so keep it up 

ni doa Nabi Yunus A.S , ketikamana beliau ditelan dalam perut ikan . 


doa ni juga boleh diamalkan , juga boleh hindarkan kemalasan .

  • seterusnya aku nak kongsi juga doa tambah ilmu , sebenarnya doa2 yang dah familiar , tapi takpalah alang2 dah google , aku sertakan kat sini sekali .


biasanya orang baca yang pendek ni je ,

doa yang cukup familiar 


  • biasanya tengah2 exam mesti ada something yang kita dah hafal tapi tak ingat , bila pikir2 balik tak datang jugak , so bacalah doa ni , doa yang mana kita baca ketika sujud sahwi tu . 
  • okay seterusnya aku nak listkan doa2 yang berkaitan dengan exam , amalkan yang mana sempat je . 
doa minta petunjuk

doa mendapat idea yang baik , kawan aku ada suruh baca kalau takda isi time buat essay HAHAHAH macam tahu2 je kan .

ni doa untuk memudahkan penghafalan dan pemahaman
Ya Allah , kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu serta kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Mengasihani 

seterusnya tidak lupa selawat syifa' , selawat ni mempunyai pelbagai faedah . amalkanlah selawat ni . 

lastly ni doa yang Umi selalu ajar kat aku bila datang sesuatu kesusahan , insyallah Allah akan tolong kita jika niat kita baik dan ikhlas kepada-Nya. amin

RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KAREEM 

*x jumpa jawi punya HAHAHA




sebenarnya banyak lagi doa2 yang boleh diamalkan , kalau ada lagi doa yang korang nak kongsikan , boleh komen kat bawah ni then kita boleh kongsi sama2 kan ? jangan malu jangan segan hehe , doa2 yang banyak ni pon bukannya senang nak ingat semua dalam sekelip mata kan , so pandai la pilih doa2 yang anda rasa anda perlu hafal . tapi ingat semuanya dengan izin Allah , dan jangan pernah berhenti berdoa kerana doa adalah senjata kita , orang mukmin . kalaulah dah doa banyak kali pon tapi tak maqbul2 jugak , jangan cepat mengalah , dan jangan cepat salahkan takdir , ada yang cakap ,

"aku dah doa berjuta-juta kali , tak jadi2 jugak , Tuhan ni dengar ke tak doa aku ?"

masyallah , ofcoz la tuhan dengar , tuhan tahu apa yang kita minta tu , tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita , just bersabar dan sentiasa husnuzhon (bersangka baik) terhadap Allah , 

" mesti ada hikmah Allah tak bagi lagi aku dapat benda ni (benda yang korang mintak tu la)"

ulama' ada menggariskan 3 tahap pemaqbulan doa disisi Islam :
  1. doa kita dimaqbulkan serta merta , atau cepat 
  2. doa kita ditangguh , dan akan dimaqbulkan di akhirat kelak
  3. Alllah tahan keburukan yang bakal menimpa kita sebanyak permintaan doa kita yang tidak dimaqbulkan itu , maknanya bila sesuatu yang kita mintak tak dapat2 jugak , sebenarnya Allah dah menghalang keburukan yang akan menimpa kita jika kita dapat benda tu . kalau nak terangkan pasal ni kene buat post lain HAHAHAA .
DAH LA TU , MATA DAH MENGANTUK , TANGAN DAH KEBAS , ESOK BOLA JANGAN LUPA TENGOK , PETEH GANU PETEH . wallahua'lam

















Friday 28 October 2011

show me your smile :)

nasyid bukan sekadar di pentas 
yang penting kita sampaikan mesej dakwah melalui nasyid
niat mesti ikhlas 
rezeki di tangan Allah , Dia tentukan segalanya
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita 
setiap yang berlaku ada hikmahnya , cuma manusia je yang buta tak nampak
syukur dengan apa yang kita dapat . 
SEKIAN

Saturday 15 October 2011

welcome eighteen :)

assalamualaikum dunia blog :)

Ya Allah lamanya tak update blog ni kan . HAHA sumpah busy gile sejak kebelakangan ni . smpai aku pon dah lupa apa last post aku . hee . okay lah setelah berzaman-zaman mengabaikan nafkah zahir dan batin ke atas "my solitary moment ni " , pagi tadi bangun je , aku nekad bahawa aku nak post bende baru jugak harini walaupun takda point *tipu je HAHAHA

13 october 2011 . i just turned into a man cewah . now i'm eighteen years old and i just can't believe it . rasa macam sekejapnya masa berlalu , rasa macam baru je semalam duk main 'tang nussuk' dengan kawan-kawan sekolah AL-AMIN DUNGUN , baru je semalam duk menangis kat bahu umi sebab nak makan aiskrim cornetto , baru je semalam cuak nak amik UPSR , PMR , SPM . haha . 18 tahun yang aku lalui ni penuh dengan onak duri cubaan dugaan halangan roadblock JPJ  . ALHAMDULILLAH. syukur kepada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di dunia yang fana ini . terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan juga pada UMI dan ABI yang bagi aku tak pernah lepas tanggungjawab mereka menjaga aku dari kecik sampai la sekarang ,(walaupun sekarang pon kecik jugeee) haha . jasa umi dan abi memang tak dapat matin nak balas sampai bila-bila , tapi matin akan sedaya upaya untuk membuatkan umi abi sentiasa bahagia tak kira kita dekat ataupun jauh . itu janji matin dan itu sememangya sudah menjadi tanggungjawab setiap anak . hatta orang baru masuk islam pon WAJIB berbuat baik kepada ibu bapa mereka yang masih lagi kafir .


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

tak lupa juga untuk kakak-kakak abang-abang yang sentiasa menyokong aku dari belakang , juga guru2 yang tak pernah jemu mencurahkan ilmu kepadaku , kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi dikala senang mahupun susah . THANK YOUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!


setakat thank you je memang la tak cukup kan . tapi memang jasa korang tak mampu aku balas , moga Allah berkati hidup kita bersama AMIN ^^


NOW , aku nak cerita pasal kemenangan berganda adik abang semalam . yeahhhhhhhhhhhhhh .






akhirnya ego sang kijang jatuh juga ditangan sang penyu yang semakin hari semakin berbisa . ngeh3 . sang penyu dengan tawadduknya membaham kijang di tempat mereka sendiri . yihaaaa . walaupun keputusan seri 2-2 tapi bagi aku terengganu tetap menang disana . gol2 kelantan hanyalah hadiah saguhati diatas kesungguhan penyokong2 mereka yang tidak berhenti-henti menyokong , tak kira dimana sabah mahupun serawak , penyokong2 kelantan ada. tabik springg untuk mereka , tapi nak buat macam mana dah takda rezeki kijang tahun ni , kita bagi laluan untun TERENGGANU DARUL IMAN untuk mara ke pusingan separuh akhir . 2 gol saha (Ashaari Shamsudin) semalam memang cukup untuk menujukkan terengganu bukan lagi pasukan yang boleh dipandang sebelah mata . TAHNIAH TERENGGANU . PETEH GANU PETEH .


HABIS CERITA PASAL ABANG , sekaran cerita pasal adik . adik pon bukan main berbisa lagi kattok sabah agreaget 4-2 kot kan . hahahha cayyya lah . nampaknya misi untuk mempertemukan dua beradik ini di aksi FINAL PIALA MALAYSIA semakin hampir ke kemuncak . doa2 kan lah semoga impian ini menjadi kenyataan . 


sama2 kita realasisakan impian ini :) SEMARAK DARUL IMAN SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN !

*satu lagi aku nak promote movie ni , baru tengok semalam . BEST GILA AKU CAKAP , rugi tak tengok ala2 transformers gituuu


THE REAL STEEL
ATOM VS ZEUS



Saturday 24 September 2011

ucapan hari raya yang tak boleh blah

sir lum mud hurry rare year ideal fit tree mooly year
mar half zar hair bar teen
too loose eel class diary saw year 


bapak gedik . macam ni pon adaa 

Saturday 17 September 2011

out of service

assalamualaikum dunia blog :)

lamanyaaaaaaa tak update bende nih .
act , takda topic menarik .
but tadi aku dapat panggilan khas . terkezut bila tengok number ni naik . 

00962775219340

apa punya panjang number telifon ni kan HAHAHA , ni 3 hari duk hafal pon tak ingat ni .
rupa-rupanya call ni dari Jordan , 
sahabat gua , Mohd Amiruddin Asyraf telah selamat sampai di Jordan untuk meneruskan perjuanganya di sana 
terharu lah jugak kan dapat panggilan dari sana , ingtkan dah lupa sahabat2 di Malaysia yang hina dina ni . 
cewahh ahahaha . so keep it up , teruskan perjuangan anda :) 

sebenarnya tak kisah la dimana kita menuntu ilmu pon, asalkan kita ikhlas dan ilmu itu diberkati oleh Allah .
so yang berada di luar2 negara sana , semoga berjaya dan dapat mengharumkan nama Malaysia *promote sempena Hari Malaysia HAHAAHA


Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syorga. (HR. Muslim).

Kelebihan seorang alim (ilmuwan) terhadap seorang ‘abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang. (HR. Abu Dawud )


paling penting ikhlaskan niat , menuntut ilmu untuk mencari keredaan Allah S.W.T 
sekian wassalam

*takda modalllllll doooooo HAHAHHAHAA

Saturday 3 September 2011

silaturahim dierat , duit raya tak dapat ^^

assalamualaikum dunia blog :)

firstly i want to wish all of you , selamat hari raya eidul fitri , maafkan segala salah silap patik wahai tuan hambe yang cantik rupawan , HAHAHA . hari raya ke5 baru sempat nak update blog ni, sumpah busy memanjang raya tahun ni . p/s, aku ponteng sekolah esok , tolong jangan bising2 . hahahaha alasan yang paling munasabah ialah 

" cikgu , jalan jammed . kereta berhimpit2 , sorry lah datang lewat "

HAHAHA . padahal dekat je pon dengan hostel kan rumah aku , takpe lah memang rasa nak makan pelempang buka sekolah ni . so , amacam raya korang ? seronok ke tak seronok ? tak kisah la seronok ke tak seronok , yang penting sedikit sebanyak kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain kan? yang tak pernah kenal pon jadik kenal bila time raya ni , ziarah menziarahi , maaf bermaafan , sapa tak suka raya kan .

pagi raya pertama , takde lah meriah sangat macam tahun lepas , sebab tak semua adik beradik aku balik beraya kat dungun tahun ni . abang aku yang second , abang lim raya kat kampung bini dia tahun ni , same lah dengan kak ya , raya dekat rumah mertua juga . adab lah bila dah berumah tangga ni kan , kene ada sifat bertolak ansur . cewahh dah macam aku ni dah kawin HAHAHA


 umi ku sayang :)

 I LOVE MY PARENTS



dua orang tak cukup 

bersama family abg ting

umi masak nasi mandyy . fulaaamakk memang power . suma cakap sedap . aku je tak cakap sedap , sebab aku cakap perfect . memang best hehehe . ada lauk kambing lauk ayam . rugi lah sapa tak datang rumah aku raya pertama . satu lagi , dekat rumah aku ada tiga jenis kuih Cornflakes . cornflakes coklat dengan cornflakes maduu . tapi kebanyakanya aku je yang makan . haahaha .


 tetamu2 yang menjamu selera





raya tahun ni kerje aku takde mende lain , asyik amik gamba je . hahaha . malam raya pertama tu ada BBQ , malam raya kedua pon ada BBQ , memang perut penuh dengan karbon2 BBQ tu , hahaha , tak elok sangat sebenarnya BBQ ni , sebab yang hangit2 tu sebenarnya tak baik untuk kesihatan . aku amik fakta ni dari seorang pesakit kanser, tak tahu lah betul ke tak kan. korang belajar science , korang kaji sendiri lah . tapi BBQ malam kedua dekat Pengadang Baru tu memang best . KAMBING PUSING  kot ,korang ada ? hahaha . puas hati makan malam ni , balik terus krohhhhh . 





ni gambar bbq malam raya kedua 










siblings :)


  aku adikmu dan engkau abang - Hujan



ni je lah cerita raya aku , malas nak cerita satu2 , bukanya ada orang baca , hahahaha . TAPI dalam kegembiraan kita semua beraya di Malaysia ini , kita digemparkan dengan satu berita buruk . seorang jurukamera dari BERNAMA TV telah mati ditembak , dalam misi di Somalia KP 1M . sungguh kesian dekat keluarga beliau kan , kematian yang memang tak disangka2 , semoga keluarga Allahyarham tabah dan redha dengan apa musibah yang melanda . takziah untuk mereka 

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh
AL-FATIHAH