Powered By Blogger

Saturday 18 June 2011

kenali Nabi anda .

Assalamualaikum Dunia Blog (senyum) 


Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim . ramai yang kenal dia ni kan . kita semua mesti kenal dia ni kan . tapi setakat mana kita kenal dia ? setakat tahu nama je ? setakat tu je kan pengetahuan kita tentang lelaki yang telah membawa rahmat dekat kita ni . hurm . so hari ni aku nak cerita sikit tentang fizikal nabi kita MUHAMMAD S.A.W , hehe . sebenarnya aku baru habis baca buku SYAMAIL MUHAMMADIYAH Keagunganmu Ya Rasulullah untuk kali ke dua . hahaha . so better aku berkongsi ilmu dekat sini , daripada tamak hadam sorang2 je ape yang aku baca . okay berdasarkan bacaan yang aku dapat , kita akan lebih mengenali nabi kita Muhammad S.A.W , baik dari segi fizikal , cara makan , cara tidur ,sifat beliau yang terpuji itu sendiri , DAN LAIN LAIN . sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu tentang nabi kita ni , Masya-Allah . cakap je sayang nabi sayang nabi , tapi habuk pon tadak . ini juga salah satu cara untuk kita tunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W . tapi kali ni aku nak ceritakan tentang fizikal Rasulullah S.A.W yang sememangye dikenali dengan lelaki yang amat tampan , :)



FIZIKAL RASULULLAH S.A.W 
  • beliau tidak terlalu tinggi , tidak terlalu rendah
  • kulitnya tidak terlalu putih dan tidak juga sawo matang
  • kulitnya juga dikatakan putih kemerah-merahan
  • rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus , rambutnya juga dikatakan ikal beralun
  • rambutnya menyentuh sehingga ke bawah telinga
  • beliau juga pernah dikatakan membelah rambut dengan belah dua
  • apabila berjalan , beliau akan mencondongkan badanya kehadapan 
  • wajahnya cerah berseri seperti rembulan 
  • bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur
  • dahinya luas , alisnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah
  • hidung yang mancung , di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar
  • matanya hitam pekat , bulu matanya lentik
  • pipinya mulus 
  • tapak tanganya terasa kebal namun lembut
  • mulutnya lebar
  • giginya agak jarang namun teratur rapi
  • bulu badanya halus
  • janggutnya tebal 
  • perut dan dadanya sama rata
  • apabila beliau berpaling , beliau akan berpaling serentak (seluruh badan)
  • apabila berjalan , kakinya diangkat dengan kesungguhan (bertenaga)
  • tumitnya nipis
  • ketika beliau berbicara , kelihatan seolah-olah ada cahaya yang memancar keluar dari antara celah2 gigi hadapanya
  • wajahnya sungguh tampan , 

Dari Jabir bin Samurah berkata : " Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan pernama . Pada waktu itu , beliau memakai pakaian berwarna merah . Aku memandang beliau dan bulan silih berganti . Menurutku , beliau lebih indah daripada bulan purnama ". (direkodkan oleh Tirmizi)






subhanallah , sungguh indah kan beliau ? kan best kalau dia ada lagi sekarang , tapi tak apa , kita doa sama semoga kita bertemu di akhirat kelak , insya-Allah . takkanlah aku nak cerita semua kat sini , kang kene tangkap sebab langgar undang2 hak cipta terpelihara pulak . HAHAHAHA senang cerita korang beli jelah buku ni , confirm korang suka .


sambil2 tu , jangan lupa berselawat ya :) siapa lagi nak berselawat kalau bukan kita , nanti dekat akhirat kita jugak yang cari Nabi nak minta syafaat kan ? okay . sampai sini saja contengan hari ni . layan lagu ni kejap eh . HAHAHA

binnabil huda malay version ***

4 comments:

  1. Macam kenal je buku tu =) Nice..sinopsis eh....lepas ni leh tulis panjang lagi... =)

    ReplyDelete
  2. suke sgt lagu binnabil huda tu, boleh berselawat pd rasulullah saw ;)

    ReplyDelete