Friday, 6 January 2012

new life , new book , new experience

assalamualaikum dunia blog :)

alahai rindunya blog aku ni . *FAKE* hahaa .
dah berhabuk dan benda ni , dekat 3 tahun dah aku tak sentuh ni . HAHA
sumpah tak sempat nak update blog ni , banyak kerja lagi , sibuk buat lesen , sibuk belajar (tak sibuk sangat pon) , sibuk jaga anak-anak (saudara) , banyak lah sibuk aku . aku kat hostel bukan boleh online selalu , kalau online pon seminit dua je .

HAPPY NEW YEAR :)
biasa kalau tahun baru ni , masing-masing duk tanya , " weh , azam baru apa " haha azam baru lah sangat .
bagi aku azam baru takdelah kene ada bila tahun baru je , tapi kita kene sentiasa mengubah cara hidup kita ni kearah kebaikan , tak kira la tahun baru ke , hari raya ke , bulan puasa ke , hari kemerdekaan ke , dalam hati kita ni haruslah ada niat untuk berubah walaupun sedikit kan ?  tapi tak salah kalau nak pasang azam baru setiap awal tahun , cuma jangan jadi hangat-hangat tahi lalat dah . sembang azam baru dia tu dah boleh buat novel , buat nya tak pon HAHA . aku pon sama , dua kali lima je kita ni . sembang berapi .

so harini aku just nak hidupkan kembali je blog aku , masih lagi takda topic yang hendak dibincangkan .
cuma aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku . 31/12/11 , malam ambang tahun baru yang memang ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat  , amboi ayat kau HAHA . macam biasa la malam tahun baru ni kan , macam-macam maksiat kat luar sana . tapi aku tabik springggg kat Kerajaan Selangor yang dah anjurkan beberapa program berunsurkan Islam . sepertimana yang korang tahu program GEMs yang mendapat sambutan lebih kurang 8K manusia , alah apa gems tu ? Generasi Muda Selangor kot , aku pon tak tahu , tapi program ni lah yang menjodohkan Ustaz Azhar Idrus dengan Zizan Rajalawak yang sengal tu . seriously program ni memang berjaya menarik golongan muda . daripada diorang duduk mabuk-mabuk dekat konsert artis-artis liar kat tempat lain tu , baiklah diorang berhibur secara islam kat sini kan . sambil berhirbur sambil menadah ilmu , dua dalam satu .

ni ada beberapa gambar yang aku nak share kan :) semoga Malaysia kita akan lebih dibangunkan dengan cara-cara Islam , Islam is the way of life .





sampai sini dulu aku punya kisah tak berapa nak best ni :) jumpa lagi hihihihi bye .assalamualaikum