Powered By Blogger

Monday 29 August 2011

perginya Bulan Rahmat , datangya Hari Kemenangan :)

assalamualaikum dunia blog :)

sesungguhnya harini last day kita puasa kan .rasa sedih pon ada . rasa happy pon ada . sedih sebab ramadhan akan berlalu tak lama lagi . happy sebab besok hari raya . hahaha . sape tak suka raya kan ? :)

alhamdulillah . dapat juga kita sempurnakan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni kan. banyak halangan dan cabaran yang telah kite tempuhi . cewahh dah macam sajak . so esok adalah hari untuk menyambut kemenangan kita berpuasa selama sebulan ni . Islam agama sempurna . ada masa sedih , ada masa gembira . so esok adalah hari untuk kita bergembira , TAPI ADA BATASNYA . jaga pergaulan , jaga akhlak dan macam lagi adab2 yang kita perlu jaga di hari raya ni . sebab tu la diharamkan BERPUASA di hari raya , sebab Allah nak bagi kita happy2 :) semua yang ditentukan oleh Allah ada hikmahnya cuma kita je yang buta tak nampak . 



harini takdelah nk cerita pasal adab2 raya sangat , just want to share something . Nabi Muhammad S.A.W dulu pon beraya macam kita jugak . tapi ada lah amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang mana disitu terdapat pelbagai kelebihan-kelebihanya tersendiri . so hari ni aku nak kongsi pasal amalan-amalan Rasulullah S.A.W pada hari raya . Insyallah bermanfaat bagi kita semua . 

[AMALAN SUNNAH RASULULLAH PADA HARI RAYA AIDILFITRI]



  • TAKBIR . Rasulullah S.A.W amat menggalakkan kita untuk bertakbir , bermula pada malam raya sehingga solat sunat hari raya . masa takbir hari raya aidilfitri ni pendek je , berbeza dengan hari raya haji , panjang masanya . so kita kena lah ambik kesempatan untuk bertakbir ni , start je maghrib tu takbir la ramai . tak payah nk tunggu pergi masjid baru nak takbir , tengah2 pasang langsir pon takbir , tengah2 susun kuih raya , tengah2 lap cermin , lap kipas , banyakkan bertakbir , biar rumah kita ni bising dengan takbir memuji Allah S.W.T . 

  • MANDI SUNAT AIDILFITRI . perkara yang sangat mudah , tapi besar disisi orang yang bertaqwa , dan mulia disisi Allah S.W.T . pagi-pagi tu bila masuk bilik air , jangan lah mandi terus , niat lah dulu . NIAT tu tak perlu lah "usolli usolli " segala bagai kan HAHAHAHA . mandi sunat ni , kita niatkan dalam hati je , lintasan dalam hati , niatkan kerana Allah . semua perkara pon kalau kita niatkan kerana Allah akan menjadi ibadah :) kalau nak lafaz niat jugak , tengok bawah ni 


  • MAKAN DAHULU SEBELUM KE MASJID . pada pagi raya tu , kita disunatkan makan dahulu sebelum ke masjid untuk solat sunat Aidilfirti . ini amalan nabi , sebenarnya antara hikmah amalan ni adalah untuk membezakan antara hari raya dan hari puasa , (semalam) so suruh lah mummy korang hidang awal2 , makan sama2 pagi tu , kalau tak sempat , telan lah kurma ke apa ke yang boleh menandakan kita dah makan :)

  • PERGI JALAN LAIN , BALIK JALAN LAIN . okay , ada yang dah faham kalau aku cakap macam tu kan , ade jugak yang pelik apa pergi jalan lain, balik jalan lain ni . hehe . sebenarnya , Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan kita pergi ke masjid melalui jalan yang lain then pulang dari masjid tu dengan jalan yang lain . maknanya jalan yang kita lalu masa nak pergi masjid tu kita tak lalu dah la masa nak balik rumah .

         
         seterusnya adalah amalan Rasulullah S.A.W yang lain yang tak perlu aku nak terangkan kat sini , sebab korang semua mesti dah faham :) antaranya :

  • pakai pakaian yang baru 
  • pakai wangi-wangian 
  • solat sunat aidilfitri (berserta khutbah lah , jangan pulak lesap lepas bagi salam)
  • bermaaf-maafan sesama kita
  • ziarah menziarah


okay dah habis raya , ada satu lagi amalan yang amat dituntut oleh Rasulullah S.A.W yang boleh kita lakukan pada bulan syawal ni , iaitu PUASA6 . puasa6 ni ialah puasa 6 hari pada bulan Syawal , bermula pada 2 Syawal sehingga lah habisnya bulan Syawal . korang nak puasa terus 6 hari pon boleh , selang seli pon boleh . semua ada keringanan , jangan risau :) PUASA6 ni banyak kelebihannya . 

Sabda Rasulullah S.A.W, “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

korang puasa sebulan pon boleh , inikan setakat 6 hari kan :) selamat berpuasa lagi HAHAHAHA

so sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma esok , Syed Abdul Matin Syed Husin ingin menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf anadainya ada mengguris hati2 kalian , terkasar bahasa , setiap bani Adam memang akan melakukan kesilapan , maka maafakan lah aku :) juga ingin mengucapkan



Minal Aidin Wal Fadizin
Selamat Hari Raya Aidilifitri 
Maaf Zahir dan Batin
Taqaballahu Wa Minna Wa Minkum 
^^ Assalamualaikum


jemput2 la datang rumah makan cornflakes maduu :)


adakah sempat ?

malam ni last terawih . sempat lagi ke tahun depan ? 
:(

Saturday 27 August 2011

promosi dari Sang Pencipta

assalamualaikum dunia blog :)

nampaknya lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan . 
ada di kalangan kita yang sedih . yang pastinya lagi ramai orang yang tengah happy .
kerana diorang dah tak payah puasa , boleh makan siang2 hari . 
tapi , adakah kita tidak merasakan kehilangan ababila berlalunya Ramadhan nanti , 
dah takde tarawih , takda iftar , takda sahur , 

10 malam pertama , saf tarawih di masjid sampai belakang , rapat ke pintu
10 malam pertengahan , tinggal separuh ,
10 malam terakhir hanya 2 saf .
kenapa sampai 2 saf ? mana semua jamaah dulu ,
yang cukup bersemangat pada awal Ramadhan ,
tapi semua ibarat hangat2 tahi ayam
bukan ke 10 malam terakhir lah yang padanya satu malam yang mana lebih dari 1000 bulan ?

Allah S.W.T dah buat promosi di bulan Ramadhan ,
tapi kita lebih tergamak memilih promosi manusia ,
promosi manusia hanya untuk Eidul Fitri ,
tapi promosi sang Pencipta untuk bekalan akhirat kita ,

bukanya salah beli baju2 raya itu semua , tapi janganlah sampai abaikan tanggungjawab kita ,
lepas ni dah takda promosi pahala ibadah sunat sama dengan ibadah wajib dan
70 kali ganda ibadah fardhu ,
mana nak cari , Mydin takde , Giant confirm takde .

sisa-sisa Ramdahan ni , gunakanlah dengan sebaik mungkin ,
sama-sama lah kita mendekatkan diri kepadan Allah S.W.T
sekian saja ketiadaan idea mengarut2 hahaha



Wednesday 17 August 2011

Saturday 13 August 2011

yummy

semalam ikan patin harini ikan bakar 

Ya ALLAH syukur :)

ALHAMDULILLAH




Friday 12 August 2011

maksiat lagi ?

assalamualaikum dunia blog :)
salam ramadhan mubarak 
bulan yang diberkati lagi dirahmati 
juga didalamnya pelbagai kebaikan dan keistimewaan
juga satu malam yang kebaikanya lebih dari seribu bulan .

tapi , kenapa masih ada yang buat maksiat ? aku sendiri pon masih boleh buat dosa di bulan mulia sebegini . tak rasa malu ke ? tak malu dengan Allah ? kenapa masih buat dosa sedangkan syaitan dah dirantai di rantai besi , dihumban ke dalam neraka yang membara-bara apinya .atau apakah diri kita yang hini dina ini juga syaitan yang bertopengkan manusia ? nauzubillah min zalik .



Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " apabila tiba bulan Ramadhan ,dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup segala pintu-pintu neraka Jahannam , serta dibelenggu syaitan syaitan "




timbul beberapa kemusykilan dikalangan kita tentang hal ini , kalau syaitan dah dibelenggu @ dirantai , kenapa maksiat masih berleluasa . kenapa masih ada buka aurat sana sini , berkepit sana sini , arak sana sini , zina sana sini , bunuh sana sini , mencuri sana sini , rogol sana sini DLL . kalau orang kafir yang buat takdelah nak kisah sangat , tapi ni orang Islam, saudara Islam kita sendiri, yang dah mengucap dua kalimah syahadah sejak kecik lagi . 

sebenarnya para ulama' dah berbincang pasal hal  ni , korang google je . belambak ada . tapi aku nak kongsikan sedikit ilmu di sini , harap dapat menghilangkan segala kemusykilan di hati kita . jangan kita ragukan kata2 Nabi Muhammad S.A.W . (selawat lah , apa ni baca es ea dabeliu saja) . hee

*terdapat dua pendapat ulama' dalam hal "kenapa maksiat masih lagi berlaku di bulan Ramadhan? " 

pendapat pertama
  • ungkapan pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan hanyalah satu kiasan daripada nabi Muhammad S.A.W. maksud tersirat yang terdapat dalam hadis tersebut ialah , syaitan bukanlah benar2 dibelenggu atau dirantai didalam api neraka ,ungkapan tersebut digunakan untuk menunjukkan makna yang lain , 
    al-Hulaimi berkata,ada kebarangkalian bahawa ungkapan tersebut membawa makna bahawa syaitan tidak dapat menggoda dan menghasut manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, ini kerana manusia sedang berpuasa dan nafsu syahwat mereka dapat dikawal , bukan sahaja disebabkan berpuasa , tapi dengan tambahan2 ibadah2 lain seperti zikrullah , membaca al-Quran dan lain2.

seorang lagi ulama' ada mengemukakan pendapatnya bahawa pembelengguan syaitan adalah kiasan ke atas keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperdayakan manusia sahaja . 


pendapat kedua
  • syaitan memang benar2 diebelenggu dan ungkapan dibelenggu itu membawa maksud asal perkataan tersebut dengan makna diikat , dirantai , atau diberkas , ianya bukan satu kiasan . ada juga ulama' yang mengatakan hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu , ada pula yang mengatakan SEMUA syaitan yang kecil mahupun dewasa dibelenggu di bulan Ramadhan .

kemusykilan timbul jika dilihat dari sudut pendapat kedua yang mana syaitan memang benar2 dibelenggu , tetapi masih ada maksiat yang berlaku di bulan yang penuh keberkatan ini . Imam al-Qutubi telah menjelaskan bahawa , pembelengguan semua syaitan tidak bermakana tidak akan ada maksiat yang akan berlaku pada bulan Ramadhan kerana terdapat beberapa sebab2 lain yang dapat mengheret manusia ke kancah maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu manusia yang tidak dapat dikawal , adat kebiasaan seseorang manusia itu yang sentiasa berakhlak buruk dan terdapat juga syaitan2 dikalangan manusia yakni syaitan yang bertopengkan manusia .

kesimpulanya . bulan puasa bukan penghalang untuk seseorang manusia melakukan maksiat dan kejahatan . siapa2 saja yang berpuasa akan berisiko untuk melakukan maksiat juga , oleh itu , jangan lah puasa makan minum je , sapa yang puasa makan dan minum sahaja , dia akan dapat apa yang dia puasakan saje . nafsu , pancaindera , segalanya2 haruslah dipuasakan . kalau puasa kita ni memang betul2 puasa seperti yang dituntut oleh agama , pasti maksiat akan berkurangan . tepuk dada tanya iman lah kawan , di mana tahap puasa kita . 

puasa BIASA : menahan lapar & dahaga sahaja

puasa SEDERHANA : menahan lapar , dahaga , juga menahan pancaindera dari melakukan maksiat dan perkara2 tercela

puasa SEMPURNA : menahan lapar dan dahaga, pancaindera daripada segala maksiat DAN ditambah lagi dengan puasa hati dari segala kehendak yang hina dan fikiran duniawi serta mencegah hati dari memikirkan perkara2 yang sia2 dan tidak lekang dari mengigati ALLAH S.W.T dan Rasullah S.A.W . 

salam Ramadhan , Ramadhan bulan berkat , taqwa kita pertingkat :) 


Thursday 4 August 2011

Ya Allah

berkatilah aku di Bulan Ramdhan yang Mulia ini Ya Allah . 
cekalkan hati aku untuk sujud kepadamu .
ampuni dosa-dosa ku yang lalu Ya Allah ,
juga dosa-dosa kedua ibu bapa ku . juga dosa guru-guru ku, juga dosa sahabat-sahabat ku Ya Allah
aku yang hina ini amat mengharapkan keredhaan-Mu dan keampunan-Mu Ya Allah 
di bulan yang mulia ini , janganlah engkau lalaikan aku dari melupai-Mu Ya Allah walaupun sesaat


AMIN