Powered By Blogger

Thursday 28 July 2011

Monday 25 July 2011

ding!

kecik - kecik dah kawin ni apa nak jadi ? HAHAHA

Saturday 23 July 2011

KASI GEGAR ITU SINGAPORE !!



BIG MATCH TONIGHT 


 Singapura vs Malaysia 23 julai ini(sabtu) di singapura akan disiarkan Secara Langsung di ASTRO ARENA jam 7 mlm dan TV2 jam 7.20 mlm (kick off jam 7.30 mlm)

 perfect squad will win tonight 




prediction aku lah kan . urm 3-1 kot ? 
yeay go malaysia !!


safiq rahim . tunjukkan taring anda malam ni :)

Wednesday 20 July 2011

harapan ramadhan

assalamualaikum dunia blog :)
nampaknya begitu lama aku tak sempat nak sentuh blog ni . kesian blog aku ni dah macam habis madu sepah dibuang . HAHAHA . tak payah ah nak bermadah sangat kan . so wahai blog harini kamu akan diberi makan , ini makan dia *ayat nabil :)

just around the corner 

apa yang around the corner ni ? ha tak payah nak main teke teki sangat lah . dah "tertebeng" (terpampang) kat atas tu jawapan dia . Ramadhan is just around the corner . so dah sedia kah kita nak menghadapi bulan mulia lagi berkat ni . ramai orang anggap bila bulan puasa je , satu bende je dalam kepalahotak dia - bangun pagi tak boleh makan , tidur sampai berbuka- hahaha . orang kita ni pemikiran memang sempit kan . memang lah bulan puasa ni diwajibkan puasa , tapi tak perlu kita menganggap ibadah puasa ni sebagai satu beban .sebab disebalik ibadah ni , banyak kebaikan dan hikmah2 yang Tuhan dah sediakan untuk hamba-hambaNya .



so get ready for your ramadhan preparation 



*apa aku nak tulis ni . adus . takde modal lah pulak . tadi bukan main banyak nak cerita kat blog


so back to the point . apa harapan kita untuk Ramadhan tahun ni . of course lah kita nak yang lebih baik dari tahun lepas . kalau kita dah sempat hidup pada bulan puasa tahun ni , belum tentu tahun depan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan el-Mubarak . 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11a

  • puasa sempurna . apa definisi puasa sempurna . puasa dari segi bahasa , menahan diri . istilah pula , menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa . tapi kalau kita hanya tak makan tak minum , belum sempurna puasa kita . takkan kita nak stay di tahap yang sama je setiap tahun . lidah , mata , hati , semua panca indera kita kena jaga juga . yang paling utama lisan . jaga percakapan , sabda Rasulullah S.A.W
            “Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap puasanya dari makan dan minum.” (HR. Al Bukhari)

dalam hadis yang lain pula : "Apabila engkau berpuasa maka hendaklah turut berpuasa pendengaran engkau, pemandangan engkau dan lidah engkau daripada berdusta dan perkara-perkara dosa, jauhilah dari menyakiti orang-orang gaji, dan hendaklah berkeadaan terhormat, dan tenang pada hari kamu berpuasa. Dan jangan jadikan hari kamu tidak berpuasa sama dengan hari engkau berpuasa itu"



  • sedekah jariah . sepertimana yang kita ketahui , 3 amalan yang akan tetap kita dapat sahamnya bila kita di alam kubur kelak , salah satunya ialah sedekah . so dah tiba bulan ramadhan , lagi lah berlipat ganda pahala kan ? alah tak perlu nak risau kalau tentang sedekah ni , sekali kita bersedekah , berkali-kali kita akan dapat rezeki yang lain . jangan lah terlalu kedekut , sebab semua ni Allah bagi pinjam je , tak payah nak sombong sangat .


teringat pulak dekat kisah yang pernah cikgu aku cerita , seorang pemuda ni memang sangat kedekut , HAHAHA aku nak tergelak dah ni teringat balik . dia susah sangat nak sedekah , pada suatu hari ayah dia paksa jugak dia bersedakah dekat masjid tu , yelah biasa dekat masjid lepas bagi salam kan diorang akan pass tabung derma tu , hahaha bila sampai time tabung tu sampai kat dia , kau tahu dia buat apa . dia bukak tabung tu , dia dekatkan muka , then senyum tak perlu kata apa2 , ahahahah . jadi korang yang tersangat kedekut tu , kalau dah kedekut sangat , banyakkanlah senyum , kan senyum tu sedekah :)

  • tilawatul Quran . ha ni bukan program Tilawah al-Quran dekat tv1 tu . kita ni yang kene menelawah @ baca lah bahasa senang nak faham . banyak cara kita boleh buat benda ni , kebiasaanya bulan puasa ni , banyak dekat masjid2 buat tadarus kan , join lah diorang , sekejap je pon . kalau dah malas sangat , mengaji lah sorang2 je pon . kalau ada masa kosong , mengaji je , tak payah nak ber-fb sangat muahahaha . satu huruf kita baca , 10 kebaikan kita akan dapat . alif satu hurum , lam satu huruf , mim satu huruf . kalau khatam lagi bagus kan :) harap2 dapat lah sama2 kita khatam tahun ni dalam satu bulan . tak susah pon kalau kita berusaha kan ?


  • qiamullail . bangun malam . Rasulullah S.A.W memang mengalakkan umatnya bangun malam , pada zaman sahabat dulu , mula-mulanya hukumnya wajib , tapi dimansuhkan hukum tu , maka hukum bangun solat malam ialah sunat yang amat dituntut . ini menunjukkan bangun malam ni memang disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W . nabi sendiri pon bangun malam sampai bengkak2 kaki beliau , tak rugi kalau kita bangun malam , solat lah 2 rakaat sekalipun , pasti ada ganjaran yang besar untuk kita , terutama pada bulan Ramadhan ni . so disini aku nak senaraikan beberapa kelebihan qiamullail . 
  1. solat paling afdhal selepas solat fardhu . sabda Rasulullah S.A.W " solat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah qiamullali (tahajjud) " (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. waktu mustajabnya doa2 orang beriman
  3. lebih baik dari dunia dan seisinya ; "dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam adalah lebih baik baginya daripada dunia itu dan seluruh isinya" (HR Adam Bin Abu Iyas)
  4. meningkatkan darjat disisi Allah ,
  5. ibadah ahli syurga dan orang bertakwa ."Orang-orang yang bertakwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam . di waktu menjelang pagi , mereka memohonkan pengampunan dan sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan " (surah az-Zariat 17-19)
*alangkah indah hidup ini kalau terserempak dengan lailatul qadr kan ? Ya Allah pertemukanlah aku dengan lailatul qadr di bulan Ramadhan tahun ini . Amin 


petua bangun malam ^^

bagi sesiapa yang susah nak bangun malam tu , termasuklah aku . hehehe , sini nak bagitahu tips2  untuk mudah bangun malam :) petua ini dari Imam Ghazali . 

- firstly jangan makan terlalu banyak masa berbuka tu , tak perlu lah nak paksa perut tu terima semua makanan yang terhidang kat depan tu . makan lah sekadar untuk kenyang , dan nabi suruh kita berhenti sebelum kenyang . 

- jangan tinggalkan qailullah di siang hari , qailullah ialah tidur sejenak sebelum masuk waktu zohor , dalam 5-15 minit je , jangan lah sampai 3 jam maaa . hahaha . amalan nabi ini dilakukan oleh nabi kita , dan didapati dapat menghilangkan mengantuk kita pada waktu akan datang 

- tips ni aku tambah sendiri , hahaha . tidur awal lah , apa lagi kan . masa nak tidur tu , niat lah sikit nak bangun pagi nanti . baca lah doa2 insyallah Tuhan akan tolong kita . 




enjoy this song :)

Friday 1 July 2011

ANAK BULAN (RAMADHAN) DIJANGKA TIDAK AKAN MUNCUL TAHUN INI

*fake . okay tu memang aku tipu . sememangnya aku tak sabar2 menanti bulan puasa . hahaha . dah lama agaknya tak berblogging kan . sangat busy mehh bulan ni . full schedule . dan masa memang benar2 pantas berlalu . tap2 hari nih julai kot ? bulan jun pon aku tak sempat nk tengok tarikh . ish . 


minggu depan lagi lah busy aishh . 
ha ni yang aku nak habaq kat korang . 8 & 9 julai . akan diadakan HARI TERBUKA IQT . semua dijemput hadir ya . kalau korang nak kenal sekolah aku silakan :) satu lagi . hari jumaat tu (8 julai) rancangan televisyen AL-KULIYYAH akan diadakan disana .


*alah yang kat tv3 tu . hee

banyak lagi program2 lain yang akan dijalankan . yang penting semua program akan mendatangkan manfaat kepada anda insya-Allah . sekian saja . jemput2 lah datang ya :)