Powered By Blogger

Wednesday 8 June 2011

kanda evans nak berbicara pulak :D



okay . sekarang pon tengah kecoh pasal kes adinda evans tu kan ? huh. aku taknak lah tulis pasal dia . sebab dah berjutajuta kot entry pasal wanita itu . ada yang mencaci memaki hamun . ada juga yang menyebelahi dia kan . tapi yg sokong dia tuh bukan lah bererti diorang pon takde dara . dan yang memaki hamun tu bukanlah bererti mereka dah perfect sangat . just untuk menasihati sebenarnya . tapi kita kena ingat , nasihatlah dengan cara yang berhikmah , tak perlu nk memaki hamun segala bagai .dalam kes ni ada pro and kontra dia masing2 kan . tapi tulah kenyataan dunia sekarang . bila sesuatu kes dah mula tersebar , baru lah semua orang nk ambik berat ? baru lah semua nk bace paper . baru lah merate rawe nk cakap pasal dia . sini adinda evans sana KANDA evans . HAHAHA . aku pon dah naik muak dengar nama tuh . aku tak salahkan sesapa dalam hal ni . semua kene bertanggungjawab .

 



okay back to the point . kenapa hari ni baru orang nk cakap pasal "takde dara" ni padahal dari dulu dah pon ramai remaja2 perempuan luar sana yang terjebak dalam hal ni kan ? so we should back to the root . kenapa perkara ini berlaku . ramai remaja sekarang ni yang memang dah tak sedar diri , mereka dah macam tak ingt dunia , lagilah tak ingat akhirat kan , lagilah tak ingat neraka . tak ingat ibu bapa . tak ingat nabi S.A.W and of course lah diorang dah tak ingat kat TUHAN, ALLAH RABBUL A'LAMIN . berkepit sana sini kan . ada yang atas moto . dalam kereta . tepi tangga lah . kalau korang pergi ke bandar , aku cabar korang dalam masa setengah jam je , boleh tak korang tunjuk bandar mana yang dalam bandar itu takda anak2 muda yang lelaki perempuan berkepit macam dah kawin . padahal memang belum kawin kan . then ada pula yang upload video $&**^#$@*& tuh , pastu sape yang tengok ? remaja jugak ? pastu diorang nk tengok je ? mestilah nk try kan , tak ke merebak gejala ni ? korang fikir lah . baby pon sekarang dah merata-rata dibuang . aku cukup kesal tengok gambar baby kat bawah ni . aku rasa nk menangis pon ada , kalau perempuan tengok confirm menangis kan ?

ini yang paling latest kot kes buang bayii 


Sabda Rasulullah S.A.W , barangsiapa melihat kemungkaran , maka hendaklah dia cegah kemungkaran itu dengan tangan yakni  kuasa ,jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan yakni kata-kata atau nasihat , jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati , yakni doa ataupun harapan . dan itulah selemah-lemah iman .

kalau keluar kes2 macam ni . mesti orang nk tuding jari dekat parents kan ? kesian ah dekat parents2 yang menatang anak diorang bagai minyak yang penuh , then anak dia buat hal gilababi macam ni ? gila tak bengang . so orang yang baca blog aku ni . tolonglah ingat , maruah kita berserta maruah keluarga kita mestilah dijaga . aku tak kata parents ni betol semua , tapi diorang pon taknak anak2 diorang jadi macam ni kan ? ada ke mak bapak nk ank dia buat hal macam ni ? memang takde lah , kalau ada pon , maybe iman dah takde dalam dada diorang . buat adinda evans dan mana2 remaja wanita mahupun lelaki yang pernah terjebak dalam kancah maksiat ni , serta juga pembaca biasa macam kita ni , yang memang kerap melakukan dosa , aku harap kita semua boleh berubahlah , pintu taubat tu sentiasa terbuka , dan jangan takut untuk berubah , jangan takut untuk berdoa semoga kembali ke pangkal jalan . Firman Allah dalam kitab sucinya :


"katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), maka janganlah kamu 
berputus asa dari rahmat Allah , kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala doa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani "


dan Rasulullah S.A.W juga bernah menceritakan tentang taubat ni ,

Dari Abu Dzar , Rasullullah bersabda : "Allah s.w.t berfirman “sesiapa yang melakukan kebaikan maka ia mendapat sepuluh kali ganda atau lebih, dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya adalah satu kali ganda atau lebih diampuni, dan barangsaiapa yang melakukan dosa walaupun sebesar bumi, kemudian ia menemui Aku sedang dia menyekutukan Aku, Kuberikan kepadanya sebesar itu pula ampunanKu. Dan sesiapa yang mendekati Aku sejengkal nescaya Kudekati dia satu hasta, dan sesiapa yang mendekati Aku satu hasta nescaya Kudekati dia satu depa, dan barangsiapa berjalan maka Aku akan mendatanginya denagan lari-lari kecil..” (Musnad Imam Ahmad)


*banyak lagi hadis2 lain yang cerita tentang luasnya pintu taubat Allah
tapi taubat ni pon ada caranya .  tak silap aku ada 3 syarat taubat , yakni taubat nasuha . 

  • menyesal dengan perbuatan yang dilakukan
  • meninggalkan maksiat yang kita buat tu 
  • tekad , bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan mengulangi maksiat yang kita buat itu 

INSYALLAH . taubat kita akan diterima , tapi kenalah ikhlaskan diri tu . tak perlu nk tunggu orang suruh kita bertaubat baru lah nk pergi cari sejadah kan . tu apa kejadah namenye . nabi Muhammad S.A.W pon beristighfar 70 kali dalam sehari walaupun dia tahu yang dia tu dah ma'sum , dan confirm masuk syurga , inikan kita manusia yang beribu2 kali banyak dosa dengan tuhan . paling kurang pon beristighfarlah lepas solat . itu paling kurang .  paling banyak korang pikir lah sendiri .

bende nih lah menggerakkan hati aku nk buat entry ni "_"

this is my friends link to her blog, http://singlexy.blogspot.com yang kat atas tu name die Noor Nabilla Fattin . follow her ^^



1 comment: