Powered By Blogger

Friday 24 June 2011

sayyidul ayyam .

assalamualaikum dunia blog ^^


sekian lama tidak berblog , susah nak update kalau duduk menumpang di teratak orang ni . haha . sebenarnya takda la sangat nak post a new post harini . apelah ayat kau . hari ni jumaat , 22 Rejab 1432H , dah tak lame dah kita kat bulan rejab ni , lepas ni sya'ban then ramadhan . pantasnya masa berlalu kan ? tapi aku pun tak sabar nak tunggu bulan puasa ni , hehe .

amin ya Rabbal 'Alamin

hari jumaat sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri , dialah penghulu segala hari (sayyidul ayyam) ,hari jumaat jugalah berlakunya hari kiamat , tapi ada satu perkara yang ramai diantara kita tak tahu tentang hari jumaat ni . salah satu amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa beliau lakukan setiap kali hari jumaat menjelma . iaitu , membaca Surah al-Kahfi . so harini aku nak ceritakan tentang kelebihan membaca surah al-Kahfi pada pagi jumaat @ hari jumaat , ustaz aku pernah cakap waktu paling afdhal adalah waktu pagi selepas solat subuh . 

KELEBIHAN SURAH al-KAHFI PADA HARI JUMAAT ialah  dapat menghindarkan diri daripada fitnah dunia . 



Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)



Daripada Ibn Umar , Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat nescaya akan dipancarkanya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan di langit yang memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari Kiamat dan diampunkan dosanya antara dua kali Jumaat . HR Abu Bakr bin Mardawaih 

so . tunggu apa lagi . jom :) jangan lupa solat jumaat tau . assalamualaikum :D





Saturday 18 June 2011

kenali Nabi anda .

Assalamualaikum Dunia Blog (senyum) 


Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim . ramai yang kenal dia ni kan . kita semua mesti kenal dia ni kan . tapi setakat mana kita kenal dia ? setakat tahu nama je ? setakat tu je kan pengetahuan kita tentang lelaki yang telah membawa rahmat dekat kita ni . hurm . so hari ni aku nak cerita sikit tentang fizikal nabi kita MUHAMMAD S.A.W , hehe . sebenarnya aku baru habis baca buku SYAMAIL MUHAMMADIYAH Keagunganmu Ya Rasulullah untuk kali ke dua . hahaha . so better aku berkongsi ilmu dekat sini , daripada tamak hadam sorang2 je ape yang aku baca . okay berdasarkan bacaan yang aku dapat , kita akan lebih mengenali nabi kita Muhammad S.A.W , baik dari segi fizikal , cara makan , cara tidur ,sifat beliau yang terpuji itu sendiri , DAN LAIN LAIN . sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu tentang nabi kita ni , Masya-Allah . cakap je sayang nabi sayang nabi , tapi habuk pon tadak . ini juga salah satu cara untuk kita tunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W . tapi kali ni aku nak ceritakan tentang fizikal Rasulullah S.A.W yang sememangye dikenali dengan lelaki yang amat tampan , :)



FIZIKAL RASULULLAH S.A.W 
  • beliau tidak terlalu tinggi , tidak terlalu rendah
  • kulitnya tidak terlalu putih dan tidak juga sawo matang
  • kulitnya juga dikatakan putih kemerah-merahan
  • rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus , rambutnya juga dikatakan ikal beralun
  • rambutnya menyentuh sehingga ke bawah telinga
  • beliau juga pernah dikatakan membelah rambut dengan belah dua
  • apabila berjalan , beliau akan mencondongkan badanya kehadapan 
  • wajahnya cerah berseri seperti rembulan 
  • bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur
  • dahinya luas , alisnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah
  • hidung yang mancung , di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar
  • matanya hitam pekat , bulu matanya lentik
  • pipinya mulus 
  • tapak tanganya terasa kebal namun lembut
  • mulutnya lebar
  • giginya agak jarang namun teratur rapi
  • bulu badanya halus
  • janggutnya tebal 
  • perut dan dadanya sama rata
  • apabila beliau berpaling , beliau akan berpaling serentak (seluruh badan)
  • apabila berjalan , kakinya diangkat dengan kesungguhan (bertenaga)
  • tumitnya nipis
  • ketika beliau berbicara , kelihatan seolah-olah ada cahaya yang memancar keluar dari antara celah2 gigi hadapanya
  • wajahnya sungguh tampan , 

Dari Jabir bin Samurah berkata : " Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan pernama . Pada waktu itu , beliau memakai pakaian berwarna merah . Aku memandang beliau dan bulan silih berganti . Menurutku , beliau lebih indah daripada bulan purnama ". (direkodkan oleh Tirmizi)






subhanallah , sungguh indah kan beliau ? kan best kalau dia ada lagi sekarang , tapi tak apa , kita doa sama semoga kita bertemu di akhirat kelak , insya-Allah . takkanlah aku nak cerita semua kat sini , kang kene tangkap sebab langgar undang2 hak cipta terpelihara pulak . HAHAHAHA senang cerita korang beli jelah buku ni , confirm korang suka .


sambil2 tu , jangan lupa berselawat ya :) siapa lagi nak berselawat kalau bukan kita , nanti dekat akhirat kita jugak yang cari Nabi nak minta syafaat kan ? okay . sampai sini saja contengan hari ni . layan lagu ni kejap eh . HAHAHA

binnabil huda malay version ***

Friday 17 June 2011

sanah helwah ya ummi .

assalamualaikum dunia blog :D

firstly , i want to wish my mother , HAPPY BIRTHDAYY UMMI !


selamat ulang tahun yang ke 60 umi :) sebenarnya takde ape2 celebrate pon birtday umi aku tahun ni ,  first ,harijadi dia jatuh hari sekolah , secondly, bila anak2 dia balik hujung minggu , tak sempat nak celebrate macam tahun lepas ada kek , pizza bagai . kerana  , minggu ni anak buah dia ada yang nk kawin , so dia terlalu busy lah dengan kerja kahwin2 tu . aku pon just wish dari phone je birthdayy die . takpe yang penting anaknda sentiasa menyangi ibunda cewahh ^^ . gambar cake atas tu aku edit lah do , hahahah . takde pon cake tu , aku edit font die tuh je , kan lawa HAHAHAHA .

matin harap umi dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki , semoga setiap hembusan nafas umi pada saat ini akan sentiasa diberkati Allah serta dirahmati oleh-Nya . ILOVEYOUSOMUCH . I CONFESS THAT YOU ARE THE BEST THING IN MY LIFE , YOU ARE THE GREATEST THING ABOUT ME, YOU ARE THE BEST MOM IN THIS WORLD . matin akan sentiasa doakan kesejahteraan hidup umi :D


december 2010

urm , for the gift , aku takde lah pandai sangat nak beli kan , tapi baru ni aku ada pergi BOOK FAIR dekat TTC , terdetik pulak nak beli buku untuk umi aku . hahahah , duit tengah tak ada masa tuh , pakai hentam je lah buku ape nak bagi , 

Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

aku rasa umi aku suka ni , sebab dia memang obses dengan  buku2 tentang kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W . umi , i hope you like this , nanti bila matin dah kerja , bagi sekali dengan kilang buku kat umi :D hehehe . ILY !

Sunday 12 June 2011

terima kasih DAUDSU , terima kasih NORDIN ALIAS , tahniah tony , marzuki !!


syukur alhamdulillah . ramalan aku takde lah meleret sangat kan ? my prediction is 3-1 , but the real score is TERENGGANU 2-1 KELANTAN . aku tak tahu nak cakap apa masa gol daudsu tadi , memang keajaiban yang TUHAN nak tunjuk dekat pemain2 terengganu . just 1 second left . TAHNIAH buat pemain terengganu yang aku rasa memang berjuang habis-habisan pada perlwanan akhir piala fa ni . sangat berbaloi diorang berada di atas padang selama 120 minit . tabik spring jugak untuk ASHAARI SHAMSUDIN . dan NORDIN ALIAS yang berjaya menaikkan semangat penyokong2 serta pemain2 terengganu sendiri .

tadi bila aku buka fan pafe KELANTAN FA , dan juga KELANTAN THE RED WARRIORS dekat facebook , berbagai-bagai alasan diorang bagi untuk menangkis kemenangan bermakna buat TERENGGANU ni . antara alasan2 yang dikemukakan ialah  ..

  • refree berat sebelah ,
  • refree bagi masa tambahan lebih 
  • penyokong lempar mercun
  • daudsu terima rasuah 
  • terengganu main kasar ???
  • DLL .
hahahah . aku tergelak baca alasan2 diorang ni . refree bagi masa tambahan lebih ? memang la dah penyokong kelantan yang melambat2kan permainan , lempar mercun lah ape lah . ingt ni musim HARI RAYA AIDILFITRI ke nk main mercun2 . dah la suluh laser dekat abang handsome , keeper terengganu . DAUDSU terima rasuah ? bhahahahha . weh kalau daudsu takde kat situ pon terengganu boleh gol lah , dah ada backup kat blakang . korang tak payah la nk kutuk2 daudsu , dia bersusah payah nk keluarkan bola dari gol , tup tup dapat maki hamun dari penyokong sendiri . then . kenapa sampai nak bermaki2 hamun dengan penyokong terengganu , yang dah menang menang lah , buat apa nak gaduh2 kan . rezeki masing2 beb , dah takde rezeki korang , tak payah lah nak emo semacam je . mane semangat kesukanan kita . korang tak nampak ke MUTU permainan bola sepak di Malaysia ni dah semakin meningkat ? kekalkanlah prestasi , kurangkan kontreversi . tak perlu nak gaduh2 . okay ? 

MARZUKI YUSOF akhirnya berjaya mendapatkan piala berharga itu , serta dinobatkan sebagai pemain terbaik . memang terbaik lah TONY . congratulation :D 



TAHNIAH !!


TAHNIAH !!



buat kelantan , memang korang pasukan yang hebat . GOL azwan roya memang terbaikkk lah . kelip2 je goalie terengganu kan ? hahaha . keep it up ! maafalah takde rezeki korang kat PIALA FA ^^

Saturday 11 June 2011

beat that deer boys . goodluck

sebelum aku pergi . nak bagi semangat sikit kat pemain-pemain terengganu yang akan berjuang habis-habisan malam ni . HAHAHA macam lah diorang bace blog aku kan ? korang bace pon dah jadi . so berdasarkan senarai barisan kemungkinan yang akan diturunkan malam ni , aku rasa terengganu layak menang dengan kelantan . perfect squad , just aku tak berapa berkenan dengan shabrini alawi . harap dia tak buat kesilapan2 bodoh lagi la malam ni . 

aku copy dari TERENGGANU FC fan page . hahaha


 korang berjuang untuk negeri kami , kami akan doakan yang terbaik untuk anda semua . kalau menang esok cuti yeayy! haahaha ewah gedik pulak tambah cuti satu hari lagi . kita dah pernah kalah dengan kelantan 3-0 . jangan buat malu terengganu lagi , kembalikan maruah sang penyu yah . ramalan aku (walaupun selalu tersasar) hahaha . TERENGGANU 3-1 KELANTAN bhahahaha . gila tinggi hasrat tuh . tak apa korang boleh . jangan takut sangat lah dengan kelantan tuh . we must be confident with our strength okay . 



GOODLUCK . INSYALLAH ^^

nice to meet you Mr. Blog :D


assalamualaikum dunia blog . 

okay . today i will leave this shitty things for a while . hahaha . hostel dah memanggil-manggil nama ku . tapi kalau ada maasa aku akan ber-blog-ing lagi walaupun dekat hostel . nanti dah ade lappy lagi lah senang nk ber-blog-ing kan ? doakan aku rajin rajin study kat hostel yeah . assalamualaikum ^^)

friends . here i come :D

Thursday 9 June 2011

Haza Qittun .

assalamualaikum dunia blog :D


semalam aku tido pukul 6.30pagi . eh ? pagi tadi kot . hahahaha agak gila tido time tuh . kiranya semalam aku tak tido langsung lah . sebenarnya aku konfius > KELMARIN , SEMALAM < ada beza kah ? hee
bangun je dalam pukul 12.30 lah lebih kurang . sekejap je aku tido tuh , malam ni mungkin dah tak boleh  bukak mata . hee . tapi hati aku begitu tersentak mendengar satu bunyi yang asing  bila aku mencelikkan mate . bunyi yang pernah aku dengar .seakan-akan bunyi bayi baru lahir. then mata yang sedang "ngiga" lagi ni pon tercari-cari lah dari mana datangnya suara bayi itu. isk3 . 

kucing 1

kucing 2

 kucing 3

ni ada sedikit cenderhati untuk korang tonton ^^

hahahaha . korang tahu kan apakah menatang ini ? kalau arab tak silap aku qittun . english aku tak tahu . maklumlah aku ni tak pandai english kot . hahaha . spm pon dapat cukup2 makan je . okay back to the story . aku tak tahu lah macam mana si ibu kucing ni boleh beranak pinak dalam almari baju aku . 4 ekor anak kucing selamat dilahirkan pagi tadi , tapi aku tak dapat pastikan pukul berapa tuh .dan juga bidan mana yang menyambut mereka. habis jeans2 aku kene samak hari ni . maklum lah , kucing beranak pon akan keluar air ketumban tak ketumban segala bagai tuh . mesti lah kotor kan . sedang kan bulu kucing yang tertanggal tu pon dah jadi najis kan ? aku tak sedar masa bila ibu kucing ni masuk bilik aku then cari port yang aku rasa memang sesuai untuk dia meneram .

sebenarnya aku tak lah suka sangat dengan kucing-kucing ni . tapi abang aku MR.Lonely amat obses dengan kucing terutama yang baru lahir macam ni . aku confused sama ada nak jaga ke or nk pergi buang je kat Pasar Dungun . memang situ je port buang kucing . tapi bila fikir-fikir balik , kalau kita jaga dan pelihara kucing ni betol2, dengan niat yang ikhlas , ganjaran besar akan menanti kita di akhirat nanti . kerana nabi Muhammad S.A.W amat suka kat kucing ni . Abu Hurairah pon mendapat gelaran ABU HURAIRAH itu kerana beliau amat menyayangi kucing . tak silap aku nama asal dia Abdul Rahman . dan aku terbaca hadis ni yang menyatakan siksa di akhirat nanti jika seseorang hamba Allah ini telah menyiksa kucing .

Dari Ibnu Umar dari Nabi bersabda, "Seorang wanita masuk neraka karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan, dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi." Hadis Riwayat Bukhari 


maka aku terfikir lah jugak . adakah wajar aku nak buang kucing ni . ataupun harus aku jaga dan pelihara baik-baik . tapi aku tak reti nak jaga kucing ni . tak pernah kot . sebab yang mak dia datang ni pon tanpa izin , datang2 buat muka kesian suruh family aku bagi tulang ikan . hehe . nanti aku dah balik hostel , tak ke terabai tanggungjawab aku kat anak-anakku sekalian . urm korang boleh bagi pendapat ? nanti komen kat facebook aku yah . 

*SATU LAGI AKU TERKILAN GILA BACA BERITA TENTANG KETIDAK HALALAN BIG APPLE DONUTS , AKU MALAS NK CERITA PASAL NI , SEBAB AKU DAH PERNAH JATUH CINTA DENGAN BIG APPLE DONUTS NI . KORANG CHECK LAH SENDIRI LINK NI .


okay ni link dari JAKIM sendiri , korang click link tu , then tekan number SATU . tengok lah sendiri . aku sedih nak cerita . aku dah makan banyak . harap2 ibadah2 yang sebelum ni diterima Allah , AMIN .


Wednesday 8 June 2011

kanda evans nak berbicara pulak :D



okay . sekarang pon tengah kecoh pasal kes adinda evans tu kan ? huh. aku taknak lah tulis pasal dia . sebab dah berjutajuta kot entry pasal wanita itu . ada yang mencaci memaki hamun . ada juga yang menyebelahi dia kan . tapi yg sokong dia tuh bukan lah bererti diorang pon takde dara . dan yang memaki hamun tu bukanlah bererti mereka dah perfect sangat . just untuk menasihati sebenarnya . tapi kita kena ingat , nasihatlah dengan cara yang berhikmah , tak perlu nk memaki hamun segala bagai .dalam kes ni ada pro and kontra dia masing2 kan . tapi tulah kenyataan dunia sekarang . bila sesuatu kes dah mula tersebar , baru lah semua orang nk ambik berat ? baru lah semua nk bace paper . baru lah merate rawe nk cakap pasal dia . sini adinda evans sana KANDA evans . HAHAHA . aku pon dah naik muak dengar nama tuh . aku tak salahkan sesapa dalam hal ni . semua kene bertanggungjawab .

 



okay back to the point . kenapa hari ni baru orang nk cakap pasal "takde dara" ni padahal dari dulu dah pon ramai remaja2 perempuan luar sana yang terjebak dalam hal ni kan ? so we should back to the root . kenapa perkara ini berlaku . ramai remaja sekarang ni yang memang dah tak sedar diri , mereka dah macam tak ingt dunia , lagilah tak ingat akhirat kan , lagilah tak ingat neraka . tak ingat ibu bapa . tak ingat nabi S.A.W and of course lah diorang dah tak ingat kat TUHAN, ALLAH RABBUL A'LAMIN . berkepit sana sini kan . ada yang atas moto . dalam kereta . tepi tangga lah . kalau korang pergi ke bandar , aku cabar korang dalam masa setengah jam je , boleh tak korang tunjuk bandar mana yang dalam bandar itu takda anak2 muda yang lelaki perempuan berkepit macam dah kawin . padahal memang belum kawin kan . then ada pula yang upload video $&**^#$@*& tuh , pastu sape yang tengok ? remaja jugak ? pastu diorang nk tengok je ? mestilah nk try kan , tak ke merebak gejala ni ? korang fikir lah . baby pon sekarang dah merata-rata dibuang . aku cukup kesal tengok gambar baby kat bawah ni . aku rasa nk menangis pon ada , kalau perempuan tengok confirm menangis kan ?

ini yang paling latest kot kes buang bayii 


Sabda Rasulullah S.A.W , barangsiapa melihat kemungkaran , maka hendaklah dia cegah kemungkaran itu dengan tangan yakni  kuasa ,jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan yakni kata-kata atau nasihat , jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati , yakni doa ataupun harapan . dan itulah selemah-lemah iman .

kalau keluar kes2 macam ni . mesti orang nk tuding jari dekat parents kan ? kesian ah dekat parents2 yang menatang anak diorang bagai minyak yang penuh , then anak dia buat hal gilababi macam ni ? gila tak bengang . so orang yang baca blog aku ni . tolonglah ingat , maruah kita berserta maruah keluarga kita mestilah dijaga . aku tak kata parents ni betol semua , tapi diorang pon taknak anak2 diorang jadi macam ni kan ? ada ke mak bapak nk ank dia buat hal macam ni ? memang takde lah , kalau ada pon , maybe iman dah takde dalam dada diorang . buat adinda evans dan mana2 remaja wanita mahupun lelaki yang pernah terjebak dalam kancah maksiat ni , serta juga pembaca biasa macam kita ni , yang memang kerap melakukan dosa , aku harap kita semua boleh berubahlah , pintu taubat tu sentiasa terbuka , dan jangan takut untuk berubah , jangan takut untuk berdoa semoga kembali ke pangkal jalan . Firman Allah dalam kitab sucinya :


"katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), maka janganlah kamu 
berputus asa dari rahmat Allah , kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala doa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani "


dan Rasulullah S.A.W juga bernah menceritakan tentang taubat ni ,

Dari Abu Dzar , Rasullullah bersabda : "Allah s.w.t berfirman “sesiapa yang melakukan kebaikan maka ia mendapat sepuluh kali ganda atau lebih, dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya adalah satu kali ganda atau lebih diampuni, dan barangsaiapa yang melakukan dosa walaupun sebesar bumi, kemudian ia menemui Aku sedang dia menyekutukan Aku, Kuberikan kepadanya sebesar itu pula ampunanKu. Dan sesiapa yang mendekati Aku sejengkal nescaya Kudekati dia satu hasta, dan sesiapa yang mendekati Aku satu hasta nescaya Kudekati dia satu depa, dan barangsiapa berjalan maka Aku akan mendatanginya denagan lari-lari kecil..” (Musnad Imam Ahmad)


*banyak lagi hadis2 lain yang cerita tentang luasnya pintu taubat Allah
tapi taubat ni pon ada caranya .  tak silap aku ada 3 syarat taubat , yakni taubat nasuha . 

  • menyesal dengan perbuatan yang dilakukan
  • meninggalkan maksiat yang kita buat tu 
  • tekad , bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan mengulangi maksiat yang kita buat itu 

INSYALLAH . taubat kita akan diterima , tapi kenalah ikhlaskan diri tu . tak perlu nk tunggu orang suruh kita bertaubat baru lah nk pergi cari sejadah kan . tu apa kejadah namenye . nabi Muhammad S.A.W pon beristighfar 70 kali dalam sehari walaupun dia tahu yang dia tu dah ma'sum , dan confirm masuk syurga , inikan kita manusia yang beribu2 kali banyak dosa dengan tuhan . paling kurang pon beristighfarlah lepas solat . itu paling kurang .  paling banyak korang pikir lah sendiri .

bende nih lah menggerakkan hati aku nk buat entry ni "_"

this is my friends link to her blog, http://singlexy.blogspot.com yang kat atas tu name die Noor Nabilla Fattin . follow her ^^



Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)



Pepatah arab ada mengatakan . MASA itu ibarat pedang . jika kita tak memotongnya , maka dia akan memotong kita.

ari ni dah selasa . 8/6/2011 . aku rasa macam masa bergerak laju giler . kalau lumba dengan azizulhasni memang tarik diri lah mamat tu . hahahaha . sekejap je . baru semalam aku rasa sampai kat rumah ni . baru je semalam aku rasa cuti bermula . tapi tup2 esok dah khamis . tinggal 3 hari je lagi . berdasarkan pepatah kat atas tu , aku rasa cuti kalu ni memang MASA DAH BETOL PANCUNG KEPALA AKU . buku lngsung tak sentuh , maklumlah baru lepas exam . aduhai . tapi menyesal sekarang takde gunanya kan ? hee . maybe sebab aku rasa terpinggir sangat . kawan-kawan suma dah masuk U , aku je yang masih beruniform sekolah . HAHAHA . sokay lah . kau pon kecik lagi , duduk kat sekolah diam2 . so aku harap lepas ni takdelah nk bazirkan masa sangat , main game ke , fb smpai dupluhmpatjam . gunakan ke arah yang lebig berfaedah . baca blog ke . mengaji ke kan . aku rasa mengaji adaalah satu2nya cara untuk menghilangkan gundah gelana di hati ni . 

"Demi masa , sesungguhnya manusia kerugian . Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar " Al-Asr (1-3)

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan didunia ini dan diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau.. Dan golongkanlah kami dikalangan orang-orang yang beriman ^__^ amin.


Tuesday 7 June 2011

CONGRATULATION Syed Abdullah Al-Idrus & Sharifah Rukaiah Al-Idrus ^^)



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
lemasat neagpenit abru :D 




syed abdullah ni atau aku panggil LOH je . dah jadi macam abang aku dah . tapi mmg ramai orang cakap die ni abang aku . hahahah . ada iras kah ? btw, tahniah la LOH :) .jage bini mollek deh . lepah ni x leh doh la nk lepak2 same , makan nasik arab , makan big apple . hahahaha . sokay . pahnim aku kawin pulop .mg kene mari teman sapa petang ah .  yang aku peliknya , isteri dia tu kerja dekat tempat aku belajar , tapi macam mane aku boleh tak kenal, hahahaha . tapi diorang ni memang ibarat pinang dibelah rotan . secocok je :) tahniah LOH ^_^

handsome kan ? hahaha

 pinang dibelah dua sungguh :)

abi 






abang photographer pon nk interframe -__-




my family with them 

umi & abi pon memang secocok kan :D 

loh paka hig heels . sbb tu tinggi kan . lalalala~




kalau korang pernah perasan . loh ade dalam profile pic fb aku :)


goodluck loh :) 

Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74) 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a) 

semoga kekal hingga ke anak cucu insyallah . amin :D

Monday 6 June 2011

okay aku sedih sangat .

TERENGGANU 0-3 KELANTAN 

nyata ramalan aku tersasar 356darjah -___- i confess that kelantan has many good players . but i'm very disappointed with terengganu's player . mungkin diorang over confident. atau mungkin mereka takut sangat dengan kelantan . padahal TTEAM pon boleh menang . aduhai  . aku tak salahkan 100% kepada pemain terengganu . tapi aku salahkan 70% kepada keeper terengganu yang sangat menyampah . dah la tonyoh kepala orang . aduhai . ni juga mungkin impak daripada ketiadaan pemain kebangsaan , ASHAARI SHAMSUDIN . 

yang dah lepas kita jadikan pengajaran ya . now we must focus on FINAL FA CUP . nk balas dendam pon masa tu lah wahai teman2 seperjuangan . cewahhh HAHAHHAA . AKU YAKIN TERENGGANU MAMPU MENEWASKAN KELANTAN SUATU HARI NANTI . baru 1st day tulis belok ni dah sedih2 kan . alah chill lah . adat lah mainan menang kalah beb. RASULULLAH S.A.W PERANG DULU PON ADE KALAH KAN ? inikan pulak kita manusia biasa . okay2 dah la untuk harini . aku ni dah ghairah sangat tulis blog . baru buat maghrib tadi , smpai skarang dah 3post . hahahaha . sungguh gelojoh disitu . sabar2

WE MUST SEIZE THIS TO OUR BELOVED STATE .

big game tonight :)

TERENGGANU FC

okay . malam ni perlawanan paling penting kot dalam saingan liga super . TERENGGANU VS KELANTAN .dulu memang aku sokong kelantan . hahahah tapi sekarang terengganu pon dah semakin hebat do . aku dah tak sokong kelantan . ini bolasepak je okay , tak masuk hal politik HAHAHAHAH . harap dapat kalahkan sang kijang gedebel tuh . diorang memang best , tapi kita lagi best lah wahai penyu . ashaari , hadi yahya  score lah banyak2 malam ni . lepas dapat taktha LIGA SUPER , lepas ni kita berjuang dekat BUKIT JALIL pulak untuk PIALA FA deh . doksoh debbo2 sangat lah , kelatang x rop mane pong . jetik batu jerit jugok HAHAHAHA . kepada kapten TERENGGANU , jage beteng mollek deh , jangang wi idlang busuk sumbat gol . ramalan aku TERENGGANU 2-1 KELANTAN . tu pon gol sendiri dari defend terengganu . HAHAHAHAHA . okay jom kita tengok ASTRO ARENA . tadi ade orang nk ajak aku turun stadium , tapi rasa macam malas pulak , maklumlah lawan kelantan ni bro , memang ramai gila orang . goodluck TERENGGANU FC , tranung nellang !! 

tembak itu babi .

ANGRY BIRDS (burung yang garang ?)

okay . aku nk story pasal bende ni .  aku rasa game ni paling HOT skarang . walaupun tak ramai yang tahu . hee. game ni paling simple bagi aku . tapi amat mencabar . serta menguji tahap kesabaran dalam diri anda . hahahaha . 




hahaha . yang kaler hijau tu dinamakan BABI . so pagi penggemar2 babi tak boleh main lah game ni . sebab game ni memang memerangi babi tahap maksima . aim kita adalah untuk mengapuskan babi2 tu menggunakan peluru2 yang kita ada :) 

kalau aku boring memang game ni lah jadi makanan aku . selain dari PES2011 . game ni sesuai untuk semua peringkat umur :) kalau tak sejam . dua jam pon aku boleh bertenggek depan PC main mende alah ni . hahahaha .  

ni antara burung2 yang menjadi hero game ni :) aku paling suka kaler kuning tu . 

 burung ni boleh patah balik :)






so kalau korang boring tahap panda . boleh lah download game ni pada link berikut .
*kecik aje file tuh . jangan risau . takde nk penuh hard disk korang lah .