Powered By Blogger

Saturday 11 August 2012

Setapak kita rapat kepada-Nya ...

Assalamualaikum Dunia Blog :)

harini dah 22 Ramadhan , ya Allah sekejapnya masa berlalu , rasa baru semalam 1st day terawih , ramadhan dah nak pergi , sob3 . tapi kita sedar ke tak ? ramai yang sibuk untuk persiapan raya , tuan tuan puan puan , persiapan raya tu tak salah , tapi melupakan ramadhan itu yang salah . kita yakin ke dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang ? andai ini ramadhan terakhirku , rahmatilah aku dan ampunilah segala dosa ku Ya Allah .


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu jenis perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu  daripada azab yang pedih. Kamu beriman kepada Allah SWT dan berjihat pada jalan-Nya dengan harta benda dan diri kamu, yang  demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui

[Al-Soff 10-11]

SEDEKAH - amalan yang sangat dituntut oleh Allah dan Rasulullah S.A.W untuk kita lakukan terutama  pada bulan yang mulia ni . tapi pada pandangan mata aku , ramai yang lebih suka bersedekah untuk program realiti tv seperti AF , Mentor , dll tu. Pendapat korang ada keberkatan ke melaburkan duit korang untuk majlis maksiat macam tu *tangan kedada mata keatas* naik meluat pulak tengok budak-budak yang sanggup topup beringgit untuk undi idola diorang . phew . geli euw . Rasulullah S.A.W  bersabda , mafhumnya ,(tak ingat keh3)

Apabila mati anak adam itu , maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakanya .


sedekah jariah . apa tu jariah ? jariah tu maksudnya berterusan . maksudnya bukan time bulan puasa je baru nak sedekah menyedekah , bulan lain pon boleh teruskan amalan mulia ni . bereh ? bereh bohh . 


aku pernah terdengar satu kenyataan , ada empat kelebihan utama untuk orang yang suka bersedakah ni , 4 perkara tersebut ialah :
  • mengundang datangya rezeki  - semakin banyak kita bersedekah semakin murah rezeki kita *hipotesis sains tingkatan 3*
  • menolak bala dan musibah 
  • menyembuh penyakit
  • panjang umur - memang kebanyakan orang tua yang aku kenal , umurnya area 80-90 tahun , memang diorang jenis yang pemurah , suka sedekah . realiti hidup orang yang suka bersedekah , Allah akan panjangkan umurnya . 
sedekah juga sebenarnya dekatkan kita kepada Allah , seperti ayat yang kat atas tu , Allah akan selamatkan kita dari azab api neraka . hah . apa lagi yang kita nak ? sedekah tak perlu banyak kawan , IKHLAS tu yang penting . jangan menunjuk-nunjuk . seperti perumpamaan yang kita ketahui 

Bersedekalah sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanan

sampai tangan kiri tak tahu ? mak aih . MELAMPAU ! .

BRO !! ni perumpamaan je lah . nak makan peti sejuk ke bulan puasa ni ? HAHAHA


tapi sedekah bukan pada wang ringgit saja , banyak lagi cara kita untuk bersedekah . satu hadis yang aku terjumpa , hadis yang diyakini SOHEH

Rasullullah s.a.w.  bersabda yang maksudnya: “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 lagi hadis yang FEMES dikalangan kita ,

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


senyum pon sedekah kawan . apa susah nak sedekah. take note# 
interframa gambar anak buah aku yang sangat comel macam amitingg dia . kaaaaan ? HAHHAHA


maka janganlah kita jadi KEDEKUT b. Bakhil hihihi.so sampai sini jelah post kali ni . mata dah leweh sampai ke bibir bawah mulut huhu . nak sambung tido *menguap 14kali* sebelum tido ..

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة

اللهم بارك لنا في شهر رمضان
اللهم ارزقنا ليلة القدر وعملا فيها

doa taip sendiri kalau ada salah harap tegur hihi . Assalamualaikum :)




Friday 10 August 2012

Ya Allah , Oh Granter of prayer, answer our prayers

يا الله


Ya Allah Ya Tuhan kami ,
segala puji bagiMu Tuhan sekelian alam ,

Sesunggunya kami ini hambaMu yang hina ,
ingin menadah kedua-dua tangan kami ,
untuk meminta rahmatMu , maghfirahMu dan pelepasan dari nerakaMu ,
di 10 malam terakhir daripada bulan yang paling mulia ini ,
Wahai Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung .

Selawat dan Salam kepada junjungan terbesar Rasulullah S.A.W
rahmatilah dan berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami ini ,
Muhammad S.A.W , pembuka bagi barang apa yang ditutup ,
dan penamat bagi yang sudah , penolong bagi yang hak ,
penunjuk ke arah jalan yang lurus .
Juga keatas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya ,
sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar.


Ya Allah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami, 
dosa-dosa yang kami sedari mahupun dosa yang yang tidak kami sedari,
samaada dosa-dosa yang telah lepas ataupun yang akan datang,
sesungguhnya kami tidak pernah terlepas dari membuat dosa dan maksiat kepadaMu Ya Allah,
 dosa-dosa dan maksiat kepadaMu inilah yang telah menjadikan hati-hati kami gelap gelita , hitam dan sangat buruk ,
bersihkanlah hati-hati kami Ya Allah
dari segala hasad dengki, riak, takabbur, sombong 


يا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِك
Ya Muqallibal Qulub , Tsabbit Qulubana 'ala Dinika wa 'ala Tho'atikWahai Zat yang membolak-balikkan hati , tetapkanlah hati-hati kami didalam agamaMu dan dalam mentaati segala perintahMu ,
jangan engkau palingkan kami dari petunjuk dan agamaMu ,
kami tidak berdaya untuk menghalang apa-apa jenis dugaan yang Engkau berikan kepada kami , 
maka janganlah engkah bebankan kepada kami bebanan yang tidak mampu kami tangguni Ya Allah ,

Ya Allah Ya Tuhan Kami ,
Ampunilah dosa-dosa ibubapa kami ,
peliharalah mereka sepertimana mereka memelihara kami ketika kecil dahulu ,
sesungguhnya kami tidak mampu membalas jasa mereka kecuali hanya dengan berdoa kepadaMu untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka ,
lindungi mereka dari segala bencana dan mudharat Ya Allah ,

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Ampuni juga dosa-dosa adikberadik kami, saudara kami , guru-guru kami , sahabat-sahabat kami , jiran-jiran kami , serta semua muslim dan muslimat didunia ini , sesungghnya kami yang lagi jahil sentiasa mengharapkan keampunan dariMu Ya Allah ,
Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Ya Allah yang Maha Melihat , 
rahmatilah kami dibulan Ramadhan yang mulia ini ,
yang didalamnya terdapat pelbagai kebaikan dan diturunkan al-Quran didalamnya ,
kuatkan hati kami untuk melakukan ibadah kepadamu pada bulan ini ,
jangan lalailkan hati kami dengan segala perkara yang lagha dan membuang masa ,
serta pertemukanlah kami dengan Lailatul Qadr ,
iaitu malam yang terbaik diumpakan seribu bulan ,


Ya Allah yang Maha Kuat lagi Maha Kukuh ,
kami sangat rindukan kepada kekasihMu Rasulullah S.A.W ,
maka engkau tetapkanlah hati kami untuk sentiasa rindu dan cinta kepadanya 
ingatkan hati kami untuk sentiasa berselawat kepadanya ,
pertemukan kami denganya samaada dialam realiti ataupun didalam mimpi , 
kami tersangat ingin bertentang mata dengan kekasihMu Ya Allah ,
jangan engkau jadikan kami ummat yang mana Rasulullah S.A.W palingkan mukanya kepada mereka , sesungguhnya kami tidak mahu akan perkara itu ,
himpunkan kami bersamanya di akhirat kelak , dan himpunkanlah kami dikalangan orang yang dapat menikmati minuman telaga Kauthar ,

Wahai Tuhan Yang Menciptakan langit dan bumi ,
Tamatkanlah hidup kami dengan Husnul Khatimah ,
jangan Engkau matikan kami dengan Su'ul Khatimah ,

ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة 
وفي الاخرة حسنة
وقنا عذاب النار

وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى اءله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين







Monday 28 May 2012

The Latest Mosque

Assalamualaikum dunia blog:)

sekian lama terpisah dek kesibukan hidup yang teramat sangat mengalahkan presiden zimbabwe , telah membawa aku keserata dunia , dan harini aku nekad ingin mengongsikan setiap detik hidupku yang berlalu dengan seluruh dunia . AMBOI tak payah gedik sangat . HAHAHA . tapi seriously memang busy pon hidup sekarang ni , dengan persediaan STAM , ni pon baru lepas mid-year exam . MUET pon dah hampir menjelma tapi english aku masih sama macam aku derjah satu dulu . tak berubah . tapi aku akan sentiasa meng'improve'kan english aku dari masa ke semasa :)

so post kali ni memang post wajib bagi aku . haha . dikesempatan ni , aku nak ucapkan JUTAAN TAHNIAH BUAT kakanda ku yang disayangi , yang telah melangusngkan perkahwinan dengan gadis idamanya pada 26 MEI baru-baru ini :)

Syed Mohd Nurulhadi B. Syed Husin
&
Sharifah Izyan Farha Bt. Syed Ahmad Bakery

semoga hubungan kalian dapat diterapkan dengan unsur-unsur islam dan sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T serta sentiasa mendapat redha dan doa dari ibubapa kalian :) semoga cepat dapat baby , dan dimurahkan rezeki . kami adik beradik sentiasa mendoakan kesejahteraan masjid yang baru dibina ini .
jaga bini leklok tu , HEHEHEHE .

*lepas ni turn aku , yeay *

disini aku nak sharekan beberapa gambar *precious moment* yang sempat aku rakamkan , walaupun gambar tak berapa cantik , aku harap gambar ni dapat meluahkan betapa happy dan excitednye kami  dengan pembinaan masjid baru ni . HEHE , 


PART 1 - Majlis Pernikahan 


saat-saat terakhir bujang

abang-abang & abi  

boys :) 

 muka cuak !

gelang & cincin 


tangisan Abi masa akad nikah 


aku terimah nikahnya ...





sweet tak :)

kak yan


kek keras 

hoho 



kakya :)


umi & abi


PART 2 - Majlis Perkahwinan 


umi & abang tinggg


kak ya & husband

greenies


ayahnda


kak ya bersama hero-hero



Hang Jebat ke ?


Abang Lim's family


umi abi <3

Raja Sehari dua hari tiga hari






















tunggu PART 3 akan diupdate akan datang .
so semua dijemput datang kerumah aku pada 2 JUN ini bagi majlis menyambut menantu :)
datang tau jangan tak datang