Powered By Blogger

Monday 31 October 2011

AKU COPY PASTE NI TAPI SUMPAH LAWAK


#Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang


1)Bile orang nampak kau baring tutup mate:
S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.

2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.

3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo

4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!!

5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je.

6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok..

7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( Suare Manja ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!! Grrr

Sunday 30 October 2011

CHILL

KORANG KALAH DIPADANG BOLA TAPI MENANG DIMATA KAMI .
TERENGGANU TETAP JUARA DI HATI KAMI CEWAHH .

aku tak salahkan sharbini , dia tetap hebat . cuma takda rezeki maybe . letak lah dua goalie pon kalau dah nak gol masuk jugak kan .


<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3



Saturday 29 October 2011

bittaufiq wannajah

assalamualaikum dunia blog :)


exam just around the corner , cewah speaking berhabuk HAHAHA ., sebenarnya tadi ada seorang sahabat mintak aku buatkan satu post doa2 ataupun ayat2 yang mana nak hilangkan gemuruh , gementar , nerves , cuak , debbor perut dan sebagainya ketika nak exam ni . so aku nak berkongsilah sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama . aku juga nak kongsikan beberapa tips atau langkah2 apabila berdepan dengan "perang minda" ni. actually , bukan untuk pelajar spm je , semua lah yang tengah nak exam kan , aku pon ada exam minggu depan ni , tapi buku tak pernah nak pegang HAHAHAHA , macam mana lah nk cemerlang gemilang terbilang kan . so tips pertama yang aku nak ketengahkan ,konsep usaha dan taawakkal .

kalau korang baca lah apa2 ayat pon bila nak exam , tapi tak pernah study bila kat rumah bila kat hostel kan , agak2 dapat jawab ke ? yelah tak mustahil Tuhan dapat tolong kita even kita tak pernah sentuh pon buku teks tu , tapi secara logiknya memang tak dapat den nak nolong kalau korang sendiri pon tak pernah nak ubah diri korang , time study korang duk main , time nak exam sibuk duk cari doa2 nak tenangkan fikiran ketika jawab exam , sedangkan didada korang kosong dengan ilmu cewahh dah macam pakar motivasi . sebenarnya Rasulullah S.A.W dah ajar kita benda ni , kalau nak tawakkal kene lah ada USAHA sekali , dua perkara yang memang tak boleh berpisah, ibarat kuku dengan kepit kuku . (kepit ke ketip ah lantaklah)

suatu hari seorang sahabat datang bertemu Rasulullah S.A.W , lalu Rasulullah bertanya , " kamu datang dengan apa ?" laki tu pon jawab , " dengan seekor unta , aku tinggalkanya di luar dan aku bertawakkal " . Rasulullah S.A.W menegur tindakan lelaki itu dengan mengatakan " ikat dulu baru tawakkal " 


so jelaslah disini , tawakkal memang perlu disertakan dengan usaha, yang aku nak terangkan disini , doa tu pon kene sertakan dengan usaha kita , okay ?



KITA TERUSKAN , so disini aku nak listkan beberapa doa yang boleh kita amalkan , tapi lappy aku ni takda jawi , so susah la sikit hehe . TAKPA AKU TRY GOOGLE JAP .

  • doa pertama yang perlu korang baca , tak kira dimana jua , walaupun ada orang cakap ni bukan doa , HAHAHA tapi mulakanlah apa pekerjaan kita dengan basmallah . 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

  • ni doa nak masuk dewan , masuk la dengan kaki kanan , dan ikhlaskan niat . 
*kalau tak nampak boleh zoom hehe 

  • SELAWAT , korang mesti tahu pelbagai jenis selawat kan , tak kisah lah selawat apa korang ingat , tapi ustazah aku ada cakap , kalau nak selalu tenang jangan lekang dari berselewat , tak kira lah dibibir ataupun di lubuk hati kita ni . insyallah hati akan tenang . sini aku nak kongsikan satu selawat yang mudah diingat , antara kelebihan selawat ni adalah untuk menerangkan hati kita dengan izin Allah .
  • kat bawah ni ada beberapa doa menenangkan ( atau menerangkan) hati dan fikiran . yang pertama surah al-insyirah .

doa ni ustazah aku selalu baca kalau ada apa2 test 

doa ni korang mesti selalu baca kan bila nak start belajar dalam kelas , so keep it up 

ni doa Nabi Yunus A.S , ketikamana beliau ditelan dalam perut ikan . 


doa ni juga boleh diamalkan , juga boleh hindarkan kemalasan .

  • seterusnya aku nak kongsi juga doa tambah ilmu , sebenarnya doa2 yang dah familiar , tapi takpalah alang2 dah google , aku sertakan kat sini sekali .


biasanya orang baca yang pendek ni je ,

doa yang cukup familiar 


  • biasanya tengah2 exam mesti ada something yang kita dah hafal tapi tak ingat , bila pikir2 balik tak datang jugak , so bacalah doa ni , doa yang mana kita baca ketika sujud sahwi tu . 
  • okay seterusnya aku nak listkan doa2 yang berkaitan dengan exam , amalkan yang mana sempat je . 
doa minta petunjuk

doa mendapat idea yang baik , kawan aku ada suruh baca kalau takda isi time buat essay HAHAHAH macam tahu2 je kan .

ni doa untuk memudahkan penghafalan dan pemahaman
Ya Allah , kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu serta kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Mengasihani 

seterusnya tidak lupa selawat syifa' , selawat ni mempunyai pelbagai faedah . amalkanlah selawat ni . 

lastly ni doa yang Umi selalu ajar kat aku bila datang sesuatu kesusahan , insyallah Allah akan tolong kita jika niat kita baik dan ikhlas kepada-Nya. amin

RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KAREEM 

*x jumpa jawi punya HAHAHA




sebenarnya banyak lagi doa2 yang boleh diamalkan , kalau ada lagi doa yang korang nak kongsikan , boleh komen kat bawah ni then kita boleh kongsi sama2 kan ? jangan malu jangan segan hehe , doa2 yang banyak ni pon bukannya senang nak ingat semua dalam sekelip mata kan , so pandai la pilih doa2 yang anda rasa anda perlu hafal . tapi ingat semuanya dengan izin Allah , dan jangan pernah berhenti berdoa kerana doa adalah senjata kita , orang mukmin . kalaulah dah doa banyak kali pon tapi tak maqbul2 jugak , jangan cepat mengalah , dan jangan cepat salahkan takdir , ada yang cakap ,

"aku dah doa berjuta-juta kali , tak jadi2 jugak , Tuhan ni dengar ke tak doa aku ?"

masyallah , ofcoz la tuhan dengar , tuhan tahu apa yang kita minta tu , tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita , just bersabar dan sentiasa husnuzhon (bersangka baik) terhadap Allah , 

" mesti ada hikmah Allah tak bagi lagi aku dapat benda ni (benda yang korang mintak tu la)"

ulama' ada menggariskan 3 tahap pemaqbulan doa disisi Islam :
  1. doa kita dimaqbulkan serta merta , atau cepat 
  2. doa kita ditangguh , dan akan dimaqbulkan di akhirat kelak
  3. Alllah tahan keburukan yang bakal menimpa kita sebanyak permintaan doa kita yang tidak dimaqbulkan itu , maknanya bila sesuatu yang kita mintak tak dapat2 jugak , sebenarnya Allah dah menghalang keburukan yang akan menimpa kita jika kita dapat benda tu . kalau nak terangkan pasal ni kene buat post lain HAHAHAA .
DAH LA TU , MATA DAH MENGANTUK , TANGAN DAH KEBAS , ESOK BOLA JANGAN LUPA TENGOK , PETEH GANU PETEH . wallahua'lam

















Friday 28 October 2011

show me your smile :)

nasyid bukan sekadar di pentas 
yang penting kita sampaikan mesej dakwah melalui nasyid
niat mesti ikhlas 
rezeki di tangan Allah , Dia tentukan segalanya
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita 
setiap yang berlaku ada hikmahnya , cuma manusia je yang buta tak nampak
syukur dengan apa yang kita dapat . 
SEKIAN

Saturday 15 October 2011

welcome eighteen :)

assalamualaikum dunia blog :)

Ya Allah lamanya tak update blog ni kan . HAHA sumpah busy gile sejak kebelakangan ni . smpai aku pon dah lupa apa last post aku . hee . okay lah setelah berzaman-zaman mengabaikan nafkah zahir dan batin ke atas "my solitary moment ni " , pagi tadi bangun je , aku nekad bahawa aku nak post bende baru jugak harini walaupun takda point *tipu je HAHAHA

13 october 2011 . i just turned into a man cewah . now i'm eighteen years old and i just can't believe it . rasa macam sekejapnya masa berlalu , rasa macam baru je semalam duk main 'tang nussuk' dengan kawan-kawan sekolah AL-AMIN DUNGUN , baru je semalam duk menangis kat bahu umi sebab nak makan aiskrim cornetto , baru je semalam cuak nak amik UPSR , PMR , SPM . haha . 18 tahun yang aku lalui ni penuh dengan onak duri cubaan dugaan halangan roadblock JPJ  . ALHAMDULILLAH. syukur kepada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di dunia yang fana ini . terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan juga pada UMI dan ABI yang bagi aku tak pernah lepas tanggungjawab mereka menjaga aku dari kecik sampai la sekarang ,(walaupun sekarang pon kecik jugeee) haha . jasa umi dan abi memang tak dapat matin nak balas sampai bila-bila , tapi matin akan sedaya upaya untuk membuatkan umi abi sentiasa bahagia tak kira kita dekat ataupun jauh . itu janji matin dan itu sememangya sudah menjadi tanggungjawab setiap anak . hatta orang baru masuk islam pon WAJIB berbuat baik kepada ibu bapa mereka yang masih lagi kafir .


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

tak lupa juga untuk kakak-kakak abang-abang yang sentiasa menyokong aku dari belakang , juga guru2 yang tak pernah jemu mencurahkan ilmu kepadaku , kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi dikala senang mahupun susah . THANK YOUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!


setakat thank you je memang la tak cukup kan . tapi memang jasa korang tak mampu aku balas , moga Allah berkati hidup kita bersama AMIN ^^


NOW , aku nak cerita pasal kemenangan berganda adik abang semalam . yeahhhhhhhhhhhhhh .






akhirnya ego sang kijang jatuh juga ditangan sang penyu yang semakin hari semakin berbisa . ngeh3 . sang penyu dengan tawadduknya membaham kijang di tempat mereka sendiri . yihaaaa . walaupun keputusan seri 2-2 tapi bagi aku terengganu tetap menang disana . gol2 kelantan hanyalah hadiah saguhati diatas kesungguhan penyokong2 mereka yang tidak berhenti-henti menyokong , tak kira dimana sabah mahupun serawak , penyokong2 kelantan ada. tabik springg untuk mereka , tapi nak buat macam mana dah takda rezeki kijang tahun ni , kita bagi laluan untun TERENGGANU DARUL IMAN untuk mara ke pusingan separuh akhir . 2 gol saha (Ashaari Shamsudin) semalam memang cukup untuk menujukkan terengganu bukan lagi pasukan yang boleh dipandang sebelah mata . TAHNIAH TERENGGANU . PETEH GANU PETEH .


HABIS CERITA PASAL ABANG , sekaran cerita pasal adik . adik pon bukan main berbisa lagi kattok sabah agreaget 4-2 kot kan . hahahha cayyya lah . nampaknya misi untuk mempertemukan dua beradik ini di aksi FINAL PIALA MALAYSIA semakin hampir ke kemuncak . doa2 kan lah semoga impian ini menjadi kenyataan . 


sama2 kita realasisakan impian ini :) SEMARAK DARUL IMAN SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN !

*satu lagi aku nak promote movie ni , baru tengok semalam . BEST GILA AKU CAKAP , rugi tak tengok ala2 transformers gituuu


THE REAL STEEL
ATOM VS ZEUS