Saturday, 29 October 2011

bittaufiq wannajah

assalamualaikum dunia blog :)


exam just around the corner , cewah speaking berhabuk HAHAHA ., sebenarnya tadi ada seorang sahabat mintak aku buatkan satu post doa2 ataupun ayat2 yang mana nak hilangkan gemuruh , gementar , nerves , cuak , debbor perut dan sebagainya ketika nak exam ni . so aku nak berkongsilah sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama . aku juga nak kongsikan beberapa tips atau langkah2 apabila berdepan dengan "perang minda" ni. actually , bukan untuk pelajar spm je , semua lah yang tengah nak exam kan , aku pon ada exam minggu depan ni , tapi buku tak pernah nak pegang HAHAHAHA , macam mana lah nk cemerlang gemilang terbilang kan . so tips pertama yang aku nak ketengahkan ,konsep usaha dan taawakkal .

kalau korang baca lah apa2 ayat pon bila nak exam , tapi tak pernah study bila kat rumah bila kat hostel kan , agak2 dapat jawab ke ? yelah tak mustahil Tuhan dapat tolong kita even kita tak pernah sentuh pon buku teks tu , tapi secara logiknya memang tak dapat den nak nolong kalau korang sendiri pon tak pernah nak ubah diri korang , time study korang duk main , time nak exam sibuk duk cari doa2 nak tenangkan fikiran ketika jawab exam , sedangkan didada korang kosong dengan ilmu cewahh dah macam pakar motivasi . sebenarnya Rasulullah S.A.W dah ajar kita benda ni , kalau nak tawakkal kene lah ada USAHA sekali , dua perkara yang memang tak boleh berpisah, ibarat kuku dengan kepit kuku . (kepit ke ketip ah lantaklah)

suatu hari seorang sahabat datang bertemu Rasulullah S.A.W , lalu Rasulullah bertanya , " kamu datang dengan apa ?" laki tu pon jawab , " dengan seekor unta , aku tinggalkanya di luar dan aku bertawakkal " . Rasulullah S.A.W menegur tindakan lelaki itu dengan mengatakan " ikat dulu baru tawakkal " 


so jelaslah disini , tawakkal memang perlu disertakan dengan usaha, yang aku nak terangkan disini , doa tu pon kene sertakan dengan usaha kita , okay ?



KITA TERUSKAN , so disini aku nak listkan beberapa doa yang boleh kita amalkan , tapi lappy aku ni takda jawi , so susah la sikit hehe . TAKPA AKU TRY GOOGLE JAP .

  • doa pertama yang perlu korang baca , tak kira dimana jua , walaupun ada orang cakap ni bukan doa , HAHAHA tapi mulakanlah apa pekerjaan kita dengan basmallah . 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

  • ni doa nak masuk dewan , masuk la dengan kaki kanan , dan ikhlaskan niat . 
*kalau tak nampak boleh zoom hehe 

  • SELAWAT , korang mesti tahu pelbagai jenis selawat kan , tak kisah lah selawat apa korang ingat , tapi ustazah aku ada cakap , kalau nak selalu tenang jangan lekang dari berselewat , tak kira lah dibibir ataupun di lubuk hati kita ni . insyallah hati akan tenang . sini aku nak kongsikan satu selawat yang mudah diingat , antara kelebihan selawat ni adalah untuk menerangkan hati kita dengan izin Allah .
  • kat bawah ni ada beberapa doa menenangkan ( atau menerangkan) hati dan fikiran . yang pertama surah al-insyirah .

doa ni ustazah aku selalu baca kalau ada apa2 test 

doa ni korang mesti selalu baca kan bila nak start belajar dalam kelas , so keep it up 

ni doa Nabi Yunus A.S , ketikamana beliau ditelan dalam perut ikan . 


doa ni juga boleh diamalkan , juga boleh hindarkan kemalasan .

  • seterusnya aku nak kongsi juga doa tambah ilmu , sebenarnya doa2 yang dah familiar , tapi takpalah alang2 dah google , aku sertakan kat sini sekali .


biasanya orang baca yang pendek ni je ,

doa yang cukup familiar 


  • biasanya tengah2 exam mesti ada something yang kita dah hafal tapi tak ingat , bila pikir2 balik tak datang jugak , so bacalah doa ni , doa yang mana kita baca ketika sujud sahwi tu . 
  • okay seterusnya aku nak listkan doa2 yang berkaitan dengan exam , amalkan yang mana sempat je . 
doa minta petunjuk

doa mendapat idea yang baik , kawan aku ada suruh baca kalau takda isi time buat essay HAHAHAH macam tahu2 je kan .

ni doa untuk memudahkan penghafalan dan pemahaman
Ya Allah , kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu serta kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Mengasihani 

seterusnya tidak lupa selawat syifa' , selawat ni mempunyai pelbagai faedah . amalkanlah selawat ni . 

lastly ni doa yang Umi selalu ajar kat aku bila datang sesuatu kesusahan , insyallah Allah akan tolong kita jika niat kita baik dan ikhlas kepada-Nya. amin

RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KAREEM 

*x jumpa jawi punya HAHAHA




sebenarnya banyak lagi doa2 yang boleh diamalkan , kalau ada lagi doa yang korang nak kongsikan , boleh komen kat bawah ni then kita boleh kongsi sama2 kan ? jangan malu jangan segan hehe , doa2 yang banyak ni pon bukannya senang nak ingat semua dalam sekelip mata kan , so pandai la pilih doa2 yang anda rasa anda perlu hafal . tapi ingat semuanya dengan izin Allah , dan jangan pernah berhenti berdoa kerana doa adalah senjata kita , orang mukmin . kalaulah dah doa banyak kali pon tapi tak maqbul2 jugak , jangan cepat mengalah , dan jangan cepat salahkan takdir , ada yang cakap ,

"aku dah doa berjuta-juta kali , tak jadi2 jugak , Tuhan ni dengar ke tak doa aku ?"

masyallah , ofcoz la tuhan dengar , tuhan tahu apa yang kita minta tu , tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita , just bersabar dan sentiasa husnuzhon (bersangka baik) terhadap Allah , 

" mesti ada hikmah Allah tak bagi lagi aku dapat benda ni (benda yang korang mintak tu la)"

ulama' ada menggariskan 3 tahap pemaqbulan doa disisi Islam :
  1. doa kita dimaqbulkan serta merta , atau cepat 
  2. doa kita ditangguh , dan akan dimaqbulkan di akhirat kelak
  3. Alllah tahan keburukan yang bakal menimpa kita sebanyak permintaan doa kita yang tidak dimaqbulkan itu , maknanya bila sesuatu yang kita mintak tak dapat2 jugak , sebenarnya Allah dah menghalang keburukan yang akan menimpa kita jika kita dapat benda tu . kalau nak terangkan pasal ni kene buat post lain HAHAHAA .
DAH LA TU , MATA DAH MENGANTUK , TANGAN DAH KEBAS , ESOK BOLA JANGAN LUPA TENGOK , PETEH GANU PETEH . wallahua'lam

















3 comments:

  1. thank you
    sye dah nak spm ni
    doakan ye :)

    ReplyDelete
  2. insyallah . goodluck fadz :)

    ReplyDelete
  3. best !
    semangat kott nak spm lepas nehh
    11A+ biiznillah

    ReplyDelete