Powered By Blogger

Saturday 11 August 2012

Setapak kita rapat kepada-Nya ...

Assalamualaikum Dunia Blog :)

harini dah 22 Ramadhan , ya Allah sekejapnya masa berlalu , rasa baru semalam 1st day terawih , ramadhan dah nak pergi , sob3 . tapi kita sedar ke tak ? ramai yang sibuk untuk persiapan raya , tuan tuan puan puan , persiapan raya tu tak salah , tapi melupakan ramadhan itu yang salah . kita yakin ke dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang ? andai ini ramadhan terakhirku , rahmatilah aku dan ampunilah segala dosa ku Ya Allah .


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu jenis perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu  daripada azab yang pedih. Kamu beriman kepada Allah SWT dan berjihat pada jalan-Nya dengan harta benda dan diri kamu, yang  demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui

[Al-Soff 10-11]

SEDEKAH - amalan yang sangat dituntut oleh Allah dan Rasulullah S.A.W untuk kita lakukan terutama  pada bulan yang mulia ni . tapi pada pandangan mata aku , ramai yang lebih suka bersedekah untuk program realiti tv seperti AF , Mentor , dll tu. Pendapat korang ada keberkatan ke melaburkan duit korang untuk majlis maksiat macam tu *tangan kedada mata keatas* naik meluat pulak tengok budak-budak yang sanggup topup beringgit untuk undi idola diorang . phew . geli euw . Rasulullah S.A.W  bersabda , mafhumnya ,(tak ingat keh3)

Apabila mati anak adam itu , maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakanya .


sedekah jariah . apa tu jariah ? jariah tu maksudnya berterusan . maksudnya bukan time bulan puasa je baru nak sedekah menyedekah , bulan lain pon boleh teruskan amalan mulia ni . bereh ? bereh bohh . 


aku pernah terdengar satu kenyataan , ada empat kelebihan utama untuk orang yang suka bersedakah ni , 4 perkara tersebut ialah :
  • mengundang datangya rezeki  - semakin banyak kita bersedekah semakin murah rezeki kita *hipotesis sains tingkatan 3*
  • menolak bala dan musibah 
  • menyembuh penyakit
  • panjang umur - memang kebanyakan orang tua yang aku kenal , umurnya area 80-90 tahun , memang diorang jenis yang pemurah , suka sedekah . realiti hidup orang yang suka bersedekah , Allah akan panjangkan umurnya . 
sedekah juga sebenarnya dekatkan kita kepada Allah , seperti ayat yang kat atas tu , Allah akan selamatkan kita dari azab api neraka . hah . apa lagi yang kita nak ? sedekah tak perlu banyak kawan , IKHLAS tu yang penting . jangan menunjuk-nunjuk . seperti perumpamaan yang kita ketahui 

Bersedekalah sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanan

sampai tangan kiri tak tahu ? mak aih . MELAMPAU ! .

BRO !! ni perumpamaan je lah . nak makan peti sejuk ke bulan puasa ni ? HAHAHA


tapi sedekah bukan pada wang ringgit saja , banyak lagi cara kita untuk bersedekah . satu hadis yang aku terjumpa , hadis yang diyakini SOHEH

Rasullullah s.a.w.  bersabda yang maksudnya: “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 lagi hadis yang FEMES dikalangan kita ,

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


senyum pon sedekah kawan . apa susah nak sedekah. take note# 
interframa gambar anak buah aku yang sangat comel macam amitingg dia . kaaaaan ? HAHHAHA


maka janganlah kita jadi KEDEKUT b. Bakhil hihihi.so sampai sini jelah post kali ni . mata dah leweh sampai ke bibir bawah mulut huhu . nak sambung tido *menguap 14kali* sebelum tido ..

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة

اللهم بارك لنا في شهر رمضان
اللهم ارزقنا ليلة القدر وعملا فيها

doa taip sendiri kalau ada salah harap tegur hihi . Assalamualaikum :)




1 comment:

  1. amiting jange dok pase buleh dopp? haha. subhanallah. ;)

    ReplyDelete