Thursday, 28 July 2011
Monday, 25 July 2011
ding!
kecik - kecik dah kawin ni apa nak jadi ? HAHAHA
Sunday, 24 July 2011
Saturday, 23 July 2011
KASI GEGAR ITU SINGAPORE !!
BIG MATCH TONIGHT
Singapura vs Malaysia 23 julai ini(sabtu) di singapura akan disiarkan Secara Langsung di ASTRO ARENA jam 7 mlm dan TV2 jam 7.20 mlm (kick off jam 7.30 mlm)
perfect squad will win tonight
prediction aku lah kan . urm 3-1 kot ?
yeay go malaysia !!
safiq rahim . tunjukkan taring anda malam ni :)
safiq rahim . tunjukkan taring anda malam ni :)
Wednesday, 20 July 2011
harapan ramadhan
assalamualaikum dunia blog :)
nampaknya begitu lama aku tak sempat nak sentuh blog ni . kesian blog aku ni dah macam habis madu sepah dibuang . HAHAHA . tak payah ah nak bermadah sangat kan . so wahai blog harini kamu akan diberi makan , ini makan dia *ayat nabil :)
nampaknya begitu lama aku tak sempat nak sentuh blog ni . kesian blog aku ni dah macam habis madu sepah dibuang . HAHAHA . tak payah ah nak bermadah sangat kan . so wahai blog harini kamu akan diberi makan , ini makan dia *ayat nabil :)
just around the corner
apa yang around the corner ni ? ha tak payah nak main teke teki sangat lah . dah "tertebeng" (terpampang) kat atas tu jawapan dia . Ramadhan is just around the corner . so dah sedia kah kita nak menghadapi bulan mulia lagi berkat ni . ramai orang anggap bila bulan puasa je , satu bende je dalam kepalahotak dia - bangun pagi tak boleh makan , tidur sampai berbuka- hahaha . orang kita ni pemikiran memang sempit kan . memang lah bulan puasa ni diwajibkan puasa , tapi tak perlu kita menganggap ibadah puasa ni sebagai satu beban .sebab disebalik ibadah ni , banyak kebaikan dan hikmah2 yang Tuhan dah sediakan untuk hamba-hambaNya .
so get ready for your ramadhan preparation
*apa aku nak tulis ni . adus . takde modal lah pulak . tadi bukan main banyak nak cerita kat blog
so back to the point . apa harapan kita untuk Ramadhan tahun ni . of course lah kita nak yang lebih baik dari tahun lepas . kalau kita dah sempat hidup pada bulan puasa tahun ni , belum tentu tahun depan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan el-Mubarak .
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11a
- puasa sempurna . apa definisi puasa sempurna . puasa dari segi bahasa , menahan diri . istilah pula , menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa . tapi kalau kita hanya tak makan tak minum , belum sempurna puasa kita . takkan kita nak stay di tahap yang sama je setiap tahun . lidah , mata , hati , semua panca indera kita kena jaga juga . yang paling utama lisan . jaga percakapan , sabda Rasulullah S.A.W
“Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap puasanya dari makan dan minum.” (HR. Al Bukhari)
dalam hadis yang lain pula : "Apabila engkau berpuasa maka hendaklah turut berpuasa pendengaran engkau, pemandangan engkau dan lidah engkau daripada berdusta dan perkara-perkara dosa, jauhilah dari menyakiti orang-orang gaji, dan hendaklah berkeadaan terhormat, dan tenang pada hari kamu berpuasa. Dan jangan jadikan hari kamu tidak berpuasa sama dengan hari engkau berpuasa itu"
- sedekah jariah . sepertimana yang kita ketahui , 3 amalan yang akan tetap kita dapat sahamnya bila kita di alam kubur kelak , salah satunya ialah sedekah . so dah tiba bulan ramadhan , lagi lah berlipat ganda pahala kan ? alah tak perlu nak risau kalau tentang sedekah ni , sekali kita bersedekah , berkali-kali kita akan dapat rezeki yang lain . jangan lah terlalu kedekut , sebab semua ni Allah bagi pinjam je , tak payah nak sombong sangat .
teringat pulak dekat kisah yang pernah cikgu aku cerita , seorang pemuda ni memang sangat kedekut , HAHAHA aku nak tergelak dah ni teringat balik . dia susah sangat nak sedekah , pada suatu hari ayah dia paksa jugak dia bersedakah dekat masjid tu , yelah biasa dekat masjid lepas bagi salam kan diorang akan pass tabung derma tu , hahaha bila sampai time tabung tu sampai kat dia , kau tahu dia buat apa . dia bukak tabung tu , dia dekatkan muka , then senyum tak perlu kata apa2 , ahahahah . jadi korang yang tersangat kedekut tu , kalau dah kedekut sangat , banyakkanlah senyum , kan senyum tu sedekah :)
- tilawatul Quran . ha ni bukan program Tilawah al-Quran dekat tv1 tu . kita ni yang kene menelawah @ baca lah bahasa senang nak faham . banyak cara kita boleh buat benda ni , kebiasaanya bulan puasa ni , banyak dekat masjid2 buat tadarus kan , join lah diorang , sekejap je pon . kalau dah malas sangat , mengaji lah sorang2 je pon . kalau ada masa kosong , mengaji je , tak payah nak ber-fb sangat muahahaha . satu huruf kita baca , 10 kebaikan kita akan dapat . alif satu hurum , lam satu huruf , mim satu huruf . kalau khatam lagi bagus kan :) harap2 dapat lah sama2 kita khatam tahun ni dalam satu bulan . tak susah pon kalau kita berusaha kan ?
- qiamullail . bangun malam . Rasulullah S.A.W memang mengalakkan umatnya bangun malam , pada zaman sahabat dulu , mula-mulanya hukumnya wajib , tapi dimansuhkan hukum tu , maka hukum bangun solat malam ialah sunat yang amat dituntut . ini menunjukkan bangun malam ni memang disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W . nabi sendiri pon bangun malam sampai bengkak2 kaki beliau , tak rugi kalau kita bangun malam , solat lah 2 rakaat sekalipun , pasti ada ganjaran yang besar untuk kita , terutama pada bulan Ramadhan ni . so disini aku nak senaraikan beberapa kelebihan qiamullail .
- solat paling afdhal selepas solat fardhu . sabda Rasulullah S.A.W " solat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah qiamullali (tahajjud) " (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- waktu mustajabnya doa2 orang beriman
- lebih baik dari dunia dan seisinya ; "dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam adalah lebih baik baginya daripada dunia itu dan seluruh isinya" (HR Adam Bin Abu Iyas)
- meningkatkan darjat disisi Allah ,
- ibadah ahli syurga dan orang bertakwa ."Orang-orang yang bertakwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam . di waktu menjelang pagi , mereka memohonkan pengampunan dan sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan " (surah az-Zariat 17-19)
*alangkah indah hidup ini kalau terserempak dengan lailatul qadr kan ? Ya Allah pertemukanlah aku dengan lailatul qadr di bulan Ramadhan tahun ini . Amin
petua bangun malam ^^
bagi sesiapa yang susah nak bangun malam tu , termasuklah aku . hehehe , sini nak bagitahu tips2 untuk mudah bangun malam :) petua ini dari Imam Ghazali .
- firstly jangan makan terlalu banyak masa berbuka tu , tak perlu lah nak paksa perut tu terima semua makanan yang terhidang kat depan tu . makan lah sekadar untuk kenyang , dan nabi suruh kita berhenti sebelum kenyang .
- jangan tinggalkan qailullah di siang hari , qailullah ialah tidur sejenak sebelum masuk waktu zohor , dalam 5-15 minit je , jangan lah sampai 3 jam maaa . hahaha . amalan nabi ini dilakukan oleh nabi kita , dan didapati dapat menghilangkan mengantuk kita pada waktu akan datang
- tips ni aku tambah sendiri , hahaha . tidur awal lah , apa lagi kan . masa nak tidur tu , niat lah sikit nak bangun pagi nanti . baca lah doa2 insyallah Tuhan akan tolong kita .
enjoy this song :)
nok kabor buwi
*thanks zati tolong check typo aku HAHAHHA
Friday, 1 July 2011
ANAK BULAN (RAMADHAN) DIJANGKA TIDAK AKAN MUNCUL TAHUN INI
*fake . okay tu memang aku tipu . sememangnya aku tak sabar2 menanti bulan puasa . hahaha . dah lama agaknya tak berblogging kan . sangat busy mehh bulan ni . full schedule . dan masa memang benar2 pantas berlalu . tap2 hari nih julai kot ? bulan jun pon aku tak sempat nk tengok tarikh . ish .
minggu depan lagi lah busy aishh .
ha ni yang aku nak habaq kat korang . 8 & 9 julai . akan diadakan HARI TERBUKA IQT . semua dijemput hadir ya . kalau korang nak kenal sekolah aku silakan :) satu lagi . hari jumaat tu (8 julai) rancangan televisyen AL-KULIYYAH akan diadakan disana .
*alah yang kat tv3 tu . hee
banyak lagi program2 lain yang akan dijalankan . yang penting semua program akan mendatangkan manfaat kepada anda insya-Allah . sekian saja . jemput2 lah datang ya :)
minggu depan lagi lah busy aishh .
ha ni yang aku nak habaq kat korang . 8 & 9 julai . akan diadakan HARI TERBUKA IQT . semua dijemput hadir ya . kalau korang nak kenal sekolah aku silakan :) satu lagi . hari jumaat tu (8 julai) rancangan televisyen AL-KULIYYAH akan diadakan disana .
*alah yang kat tv3 tu . hee
banyak lagi program2 lain yang akan dijalankan . yang penting semua program akan mendatangkan manfaat kepada anda insya-Allah . sekian saja . jemput2 lah datang ya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)